DUN Manik Urai - Calon Jadi Penentu ?


SPR telahpun menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 hb Julai dan tarikh pengundian pada 14 hb julai 2009. Tempoh berkempen 8 hari sahaja.


DUN Manik Urai - Calon Jadi Penentu ?

Siapa yang akan menang akan di tentukan seawal 6hb. Julai ini , iaitu pada hari penamaan calon. Ini kerana Faktor calon adalah faktor mutlak yang akan membawa kemenangan di Manik Urai. Kedudukan pengaruh PAS dan UMNO adalah hampir seimbang. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu Ismail Yaacob(Allahyarham) Timbalan Yang Di Pertua Pas Kuala Krai telah menewaskan Mohamed Zulkifli Omar (yang lebih di kenali dengan panggilan Zuki ) Ketua Pemuda Umno kuala Krai dengan majoriti 1,352. Saudara Zuki adalah penyandang ketika itu dimana beliau telah berjaya menewaskan Ustaz Zamzuri Mat Lazim dalam PU ke 11 dengan majoriti tipis 53 undi. Bagi menjadikan pilihanraya DUN Manik Urai ini nanti sebagai pertemuan buku dengan ruas, memilih calon yang tepat adalah menjadi satu kepastiaan oleh Pas maupun Umno.

Calon yang bakal di tonjolkan oleh Pas dan Umno mestilah terdiri anak tempatan yang bermaustautin di Mukim Manik Urai. Manik urai di gembar gemburkan sebagai kubu kuat Pas, ini kerana sepanjang pilihanraya Pas cuma kalah 2 kali. Kekalahan Pas pada pilihanraya 2004 di katakana oleh faktor calon. Saya berpendapat, Umno perlu mencari 2 orang calon anak tempatan. Seorang sebagai bakal calon dan seoarang lagi akan bertanding sebagai calon bebas. Jika calon bebas boleh menarik undi sekitar 300 undi, Umno boleh menang. Calon bebas boleh meraih undi lebih dari 300 undi jika beliau terdiri dari anak tempatan yang dikatakan pengundi akan ‘malu mata’ dengannya, juga mempunyai anak beranak atau waghi wagha yang ramai di kawasan DUN Manik Urai.

Umno di jangka mencalonkan Naib Ketua Bahagiannya iaitu saudara Abdul Jalal b. Muda (Lebih di kenali dengan panggilan Abg Jalal Pak Muda) yang kini menetap di Mukim Manik Urai-Jalal bukan anak tempatan, cuma dia sudah lama menetap di situ. Namum begitu di kabarkan beberapa orang lagi sedang melobi supaya di pilih sebagai bakal calon Umno. Umno Bahagian Kuala Krai di katakan senentiasa berpuak-puak setiap kali tiba musim pilihanraya. Mana-mana tokoh yang tidak terpilih akan melakukan aktiviti tikam belakang dan Chah keting kepada calon yang dipilih. Semua orang kuat Umno Kuala Krai tahu perkara ini. Politik Umno kuala Krai sudah lama bermasalah. Harap Datuk Pha (Mustaffa Muhammed) yang baru di lantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dapat menyelesaikan perkara ini. Persoalannya,dapatkah Datuk Ramzi selaku Ketua Umno Bahagian kuala krai yang telah tidak di beri apa-apa jawatan penting dalam badan perhubungan, bekerjasama dengan Datuk Mustaffa ?

Kita Tunggu 6 hb. Julai nanti !!
Anakjati Manik Urai di perantauan kenalah pakat-pakat balik belaka!!!

Timbalan Presiden PAS - Layakkah Mat Sabu ?


Mampukah Nasaruddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiganya. Beliau telah berjaya 2 kali menewaskan calun dari golongan Ulamak. Dalam masa 2 penggal di tampuk Timbalan Presiden, visi dan ketokohan serta kelemahannya telah di nilai oleh setiap peringkat kepimpinan dalam Pas. Kali ini beliau akan di tentang oleh 2 calun Naib Presiden iaitu Husam Musa dan Mat Sabu. Husam dan Mat sabu tentunya mempunyai sebabnya yang tersendiri kenapa Nasaruddin perlu diganti. Meskipun berlaku pertandingan 3 penjuru namun pertembungan sebenar adalah pertembungan di antara Nasaruddin dan Husam. Kedua-dua adalah dari golongan professional. Manakala Mat Sabu pula di lihat perlu terus berperanan sebagai Naib Presiden.
Mengapakah Ustaz Azizan menarik diri? Sedangkan beliau adalah orang pertama yang menawarkan diri untuk turut bertanding. Adakah tugasnya sebagai Menteri Besar Kedah tidak mengizinkannya untuk lebih berperanan di peringkat Nasional. Sedangkan ustaz Hadi sebagai Presiden pernah memegang jawatan Menteri besar Terengganu selama 1 penggal. Manakala Ustaz Harun Din pula menarik diri pada 2 kali percalunan atas dasar prinsip “Tidak Mahu Bertanding” . Nampaknya kedua-dua ulamak ini merestui jawatan Timbalan Presiden akan terus di pegang oleh golongan professional. Kedua ulamak ini nampaknya yakin dengan proses pentarbiyahan dalam Pas yang melayakkan golongan professional di iktiraf sebagai ulamak. Sememangnya sebuah parti siasah seperti Pas memerlukan pemimpin dari pelbagai latar belakang pendidikan , pelbagai kemahiran, pelbagai karektor, yang pentingnya mereka semua mendokong dan memperjuangkan fikrah islam.
Di antara Nasaruddin dan Husam , siapakah yang lebih layak di pilih oleh para perwakilan ke muktamar nanti ? Nasaruddin adalah pensyarah di UKM sebelum bergiat aktif dalam Pas. Sebagai Pensyarah tentunya beliau pernah di ikat dengan akta university. Biarpun telah lama meninggalkan UKM, beliau dilihat masih fobia dengan ikatan lampau. Lantaran itu ada pihak dalam Pas melihat Nasaruddin lebih liberal dari Husam bila berdepan dengan Umno khususnya. Dari sudut Fizikal, jelas kelihatan fizikal Husam lebih besar dan tegap dari Nasaruddin dan ini semacam menampakkan Husam lebih berkrismatik. Suara Husam lebih nyaring dan mantap dan ini dilihat penting untuk menyerang Umno. Apapun, para perwakilanlah yang layak menentukan siapakah yang mereka mahu sebagai Timbalan Presiden.

PAS MULA DI RESAPI RASUAH POLITIK ?

Ketua Dewan Ulamak pas di lapurkan berkata bahawa ada pemimpin pas yang sedang berkempen untuk merebut jawatan dalam syaf kepimpinan pas pada muktamar pas akan datang telah di dapati melakukan rasuah politik dengan memberi hadiah berupa sogokan. Kenyataan ini telah mengemparkan banyak pihak dalam pas, ada yang melahirkan rasa terkejut dan ada pula yang menafikannya.

Selepas tempoh percalunan di tutup, 5 orang di calunkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jawatan Presiden nampaknya tidak dicabar dan Haji Hadi telah di sahkan menang tanpa bertanding. 16 orang pula telah di calunkan bertanding 3 jawatan Naib Presiden dan 86 calun untuk 18 jawatan ahli Jawatan Kuasa Pusat (AJK Pusat). Nasib mereka akan di tentukan oleh 1,100 perwakilan yang akan diadakan pada awal jun nanti di stadium melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Banyak pihak terutamanya dalam Pas sendri melihat bahawa Pas yang bersama pakatan rakyat kini sedang berada di ambang kuasa. Jika keputusan pilihanraya umun ke 12 yang lalu di jadikan ukuran, 3 tahun lagi Pas bersama PR akan menguasai Parlimen dan sekali gus memerentah Malaysia. Lantaran itu syaf kepimpinan yang berketerampilan dan layak untuk menjadi pemimpin kepada bangsa Malaysia perlu di persiapkan dari sekarang. Manakala mana-mana pemimpin pas yang merasa dirinya layak untuk menjadi menteri kabinet nanti, inilah masanya untuk menonjolkan diri. Dengan senario politik ini, maka tidak hiranlah begitu ramai calun yang di calunkan ataupun menawarkan diri untuk merebut jawatan-jawatan penting tersebut.

Sepatah kata Dr. Mahathir ‘Nampaknya rasuah berleluasa sehingga sesiapa saja terbabit, kita tak kata Pas melakukan jenayah…dia lakukan macam orang lain juga, jadi tak hairanlah dia buat benda yang bertentang dengan ajaran islam’ (BH-17mei09)

Sesungguhnya, sesuatu yang amat malang bagi Pas jika benar rasuah politik kini telah meresapi dan menular ke dalam partinya. Pas yang sebelum ni lantang menepelak Umno, kini berdepan dengan cemuhan dari Umno pula.Pas dan Umno akan jadi 2X5. Rasuah politik tetap satu jenayah politik, perlu di hapuskan ke akar umbi. Siapapun yang melakukanya perlu di humbang dari syaf kepimpinan.

Istiqamahlah dalam perjuangan. Jika Matlamat Agung Perjuangan jadi taruhan, wang dan kedudukan akan datang keriba tetapi jika wang dan kedudukan jadi taruhan maka tunggulah saat kehancuran, maruah Agama dan bangsa akan terhina.

KENYATAAN KHAS PRESIDEN PAS
Setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat agung, di semua peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam Pas.
Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera Pas melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal dan kita yakin Pas tidak akan dapat di tembusi dengan amalan politik wang.
Kita juga menafikan sekeras-kerasnya lapuran media yang mengaitkan Pas dengan amalan rasuah dan politik wang.

Politik Perak - Tempoyak dah Masam ?

Datuk Abdul Aziz Rahim , HAKIM MAHKAMAH TINGGI WAJAR LETAK JAWATAN ?

3 Hakim Mahkamah Rayuan Sebulat suara menolak permohonan Nizar, sekaligus memberikan kemenangan 3 - 0 kepada Zambry. Mereka bertiga mengatakan Hakim Datuk Abdul Aziz telah buat kesilapan besar bila memberi kemenangan kepada Nizar.
" Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan gagal menilai dengan betul dan secukup-cukupnya semua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah" kata Hakim Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarof.

Apabila 3 orang bos anda mengatakan anda telah membuat keputusan yang salah, apa reaksi anda??? Hakim Datuk Aziz wajar letak jawatan?

Nizar menegaskan bahawa beliau akan terus membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan sebagai percaturan terakhir di gelanggang mahkamah, kemudian ke gelanggang rakyat Perak pula.
Bagaimanapun Penasihat Undang-undang Umno yang bertindak sebagai Peguam pemerhati, Datuk Mohd.Hafirizam Harun menegaskan "Bukan mudah bagi Mohammad Nizar untuk mengemukakan rayuan memandangkan keputusan 3 hakim adalah sebulat suara (3 - 0)"

TEMPOYAK DAH MASAM - KENA TUNGGU MUSIM DURIAN BARU, BUAT TEMPOYAK BARU !!!


RAYUAN NIZAR DI MAHKAMAH RAYUAN

Isnin 18 mei, mahkamah rayuan putrajaya di jangka memutuskan rayuan yang di buat oleh pihak Nizar. Banyak pihak berminat untuk mengetahui bentuk keputusan yang bakal di umumkan itu. Apakah kesan langsung yang akan terjadi? apakah sesudahan? apakah tindakan-tindakan selanjutnya??
Selain dari proses mahkamah, sudah tiada ke pilihan lain bagi menamatkan kemelut politik Perak yang telah menjadi seakan chachamerbau ataupun tempoyak yang memualkan ???Gajah dan badak sumbu bergaduh, sang kancil lari ke hulu ke hilir....

Mahkamah yang patut bersidang pada 1snin 18 mei telah di tunda kepada jumaat 22 mei.
Selepas bersidang pada petang jumaat, Zambry menang dengan 3-0, zambry sah sebagai MB Perak.


DI MAHKAMAH RAYUAN

LAIN DI MAHKAMAH TINGGI SEMALAM LAIN PULA DI MAHKAMAH RAYUAN HARI INI. RAKYAT JADI SEMAKIN KELIRU, POLITIK BERTAMBAH CELARU. REBUT MEREBUT TERUS BERLAKU. BELUM ADA TANDA KESUDAHAN. ESOK LUSA ANGGOTA FRU KENA BEKERJA LEBIH KERAS. AL-SULTAN WAJAR BERTITAH SEBELUM RAKYAT TERUS MEMBERONTAK ???


DI MAHKAMAH TINGGI

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam 11 MEI telah membawa padah kepada kerajaan BN Perak yang di pimpin oleh Zambri sejak 96 hari yang lalu. Mahkamah mendapati perlucutan jawatan Nizar dan perlantikan Zambri sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak atas cadangan dan nasihat Najib telah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak dan undang-undang Persekutuan. Krisis politik Perak bermula apabila Kerajaan BN pimpinan Tajul Rosli di tumbangkan dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Umno dan BN ‘terkejut beruk’ dengan kekalahan yang tidak mereka duga itu. Lanjutan itu mereka yang telah kehilangan kuasa secara tiba-tiba itu telah menjadi gundah gelana, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak selera. Maka mereka pun berusaha dengan pelbagai cara dan helah untuk mendapat balik kuasa tersebut. Akhirnya 3 adun yang ‘bermasalah’ (2 dari PKR dan 1 dari DAP) telah berjaya di ‘pujuk’ supaya keluar dari parti masing-masing dan mengistiharkan diri sebagai Adun Bebas dan menyokong BN.
Najib dengan gelojohnya telah mengadap dan menasihati Paduka Al-Sultan supaya melantik Zambri sebagai Menteri Besar yang baru. Akibat dari perasaan gelojoh yang membuak-buak, Najib telah hilang pertimbangan. Najib sepatutnya menasihati anggota Dun BN supaya mengemukakan undi tidak percaya terhadap Nizar, bukannya menasihati sultan supaya menggugurkan Nizar. Sultan Perak yang di ketahui umum sebagai seorang yang amat arif tentang undang-undang dan telah lama berkhidmat dalam bidang perundangan negara dan merupakan Bekas Hakim Negara. Namun tindakan Sultan telah di pertikaikan oleh banyak pihak. Ternyata undang-undang yang sediada masih terdapat ‘lompang-lompang’ yang menjadi ruang pertikaian oleh para peguam dan pensyarah-pensyarah undang-undang. Kalaulah mereka yang arif tentang undang-undang itu sendiri pun mempertikaikannya, apatah lagi rakyat terbanyak yang jahil undang-undang. Lompang-lompang tersebut perlu di padatkan segera.
Peguam yang mewakili Zambri telah diarahkan supaya mengemukankan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Mereka kata mereka akur dengan keputusan mahkamah tetapi dalam masa yang sama mereka rasa tidak puashati lalu mengemukakan rayuan. Akur tapi tak puashati?. Mengapa tak puashati ? Perasaan Gelojoh dan Tamak seringkali mendorong manusia supaya tak puashati ? Bila hati tak puas, jiwapun tak tenang dan tindakan pun jadi bercelaru .....