3 PENJURU DI MANIK URAI





Umno dan Pas telah pun mengemukakan ayam tambatan masing-masing. Penamaan calon akan berlangsung pada hari isnin, 6 hb.Julai nanti. Namun calon telah diumumkan lebih awal supaya calon dan penyokong masing-masing dapat membuat persedian awal dan lebih rapi serta pengundi pula dapat membuat penilaian terperinci terhadap calon-calon yang bakal di undi pada 14 hb. Julai nanti.

UMNO mengemukan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, Ketua Pemuda Bahagian K.Krai dan juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program di Ibu Pejabat Kesedar di Gua Musang. Beliau adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra di bandar ini. Selepas menamatkan pengajian di UTM, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Tuan Aziz pernah bertugas di Manik Urai, Pejabat Kesedar yang terletak di Peria. Beliau kemudiannya di tukarkan ke ibu Pejabat Kesedar di Gua musang oleh Pengerusi Kesedar Datuk Ramzi yang juga Ketua Bahagian Umno K.Krai kerana di katakana tidak sebulu dan dikatakan juga sebagai orang kuat Datuk Wan Zahid , bekas Ketua Bahagian juga bekas Pengerusi Kesedar. Orang-orang UMNO K.Krai sedia maklum bahawa Ramzi dan Wan Zahid adalah seteru politik yang tak boleh duduk semeja apatah lagi nak berdepan mata nak tatap anak mata.

Orang-Orang Umno K.Krai juga senyum sinis bila mendengar kata-kata Tim.Presiden parti bahawa tak ada chah keting di Manik Urai. "Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' kata Tim.Presiden Umno pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

Pas pula mengemukan Mohd.Fauzi Abdullah,50, Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai. Beliau juga merupakan anak jati Kuala Krai. Seorang yang peramah dan suka berkawan sesuai dengan kerjayanya sebagai penjual dan pemborong ikan di pasar besar Kuala Krai. Beliau di lihat sebagai ganti dan saling tak tumpah macam arwah paksu weil. Sejak remaja lagi sikapnya gemar membantu, maka tak hiaranlah kalau dia lebih berminat membantu ekonomi keluarga dari membaca buku. Beliau terdiri dari keluaga yang kurang berada , namum kakaknya berjaya jadi professor di sebuah IPTA ternama, abangnya seorang jurutera awam, seorang kakaknya pula jururawat yang peramah di Hospital K.Krai manakala adek lelakinya seorang Juruukur tanah berlesen yang berjaya di utara semenanjung dan seorang lagi adek lelakinya seorang programmer computer di sebuah syarikat multinational.

Fauzi memang di kenali ramai di daerah Kuala Krai termasuk kawasan Manik Urai. Beliau sering berulang alik ke Manik Urai sejak biliau remaja lagi atas urusan bisnes ikannya serta kerumah kakaknya yang menetap di Manik Urai kerana abang iparnya seorang polis yang bertugas di Manik urai. Pemilihan Mohd. Fauzi adalah pilihan yang tepat bagi Pas dan di terima oleh penyokong Pas Manik Urai.

Pertembungan antara Tuan Aziz dan Mohd.Fauzi di ikuti pula dengan pertembungan
antara pengaruh Ramzi dan Wan Zahid, menjadikan pertandingan 3 penjuru di Manik Urai ???

MENCARI MAKNA TERSiRAT HUSAM ???


Saya membaca dengan teliti catatan wawancara Husam dengan wartawan utusan sebagaimana yang di siarkan dalam Mingguan Malaysia pada Ahad 7 jun 2009. Berikut adalah kata-kata Husam sebagaimana yang di catatkan, tulisan condong adalah ulasan saya. Sama-sama kita renung-renungkan !!! Betulkah rumah siap tukul masih berdetum???

“saya tidak melaksanakan kempen agresif dan saudara sendiri tahu bahawa banyak elemen yang tidak menyebelahi saya termasuk dalam program-program parti sendiri yang pada pendapat saya telah berat sebelah “

Husam seperti mendakwa bahawa parti tidak berlaku adil dengannya, Mustaffa Ali patut menjawab keluhan Husam ! Apakah perlu kempen yang agresif dalam PAS sepertimana kempen-kempen dalam UMNO. Apakah yang Husam buat dalam sepanjang kempennya belum cukup agresif, adakah calun lain lebih agresif dari Husam ?

“saya tahu cabaran yang berat di hadapan saya terutamanya tidak boleh menyatakan secara terbuka berhubung kritikan-kritikan dan pandangan saya yang berbeza tapi maklumat sebelah pihak telah disebar pelbagai cara. Dalam suasana seperti itu kalah adalah lebih mudah daripada menang”

Nampak gaya Husam tidak dapat menerima kekalahan dengan dada yang lapang. Menyalahkan pihak lain atas kekalahannya. Kalau dah tahu nak kalah napa tak tarik diri dan jadikan pertandingan 2 penjuru.

“jangan salahkan padang tinggi rendah. Saya tetap menerima keputusan ini kerana mesej saya tetap akan dapat di sampaikan ke dalam parti melalui kebanyakan rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan AJK pusat. Mereka mempunyai pendapat yang sama dengan saya “

Husam yakin kawan-kawannya yang memenangi jawatan Naib Presiden dan AJK Pusat mempunyai pendapat dan Fikrah yang sama dengannya. Bermakna Husam kalah bukan kerana fikrah yang di dokongnya tetapi kerana personality yang di kandungnya?

“bahkan di peringkat Timbalan Presiden jika di campur dengan Mohammad Sabu jumlah undi yang kami perolehi ialah 56% dan ini adalah satu pencapaian baik saya”

Husam mengungkit bahawa Nasaruddin tidak mendapat undi majoriti perwakilan. Jika perlawanan 2 penjuru diantara dia dan Nasa, Husam yakin dia akan menang. Kalau macam tu mengapa tak pujuk Mat sabu bagi laluan awal-awal lagi ?? Adakah tindakan Mat Sabu ikut bertanding adalah usaha untuk menyekat kemaraan Husam???

“kekalahan dalam parti bukan bermakna perjuangan bersama PAS telah berakhir. Saya tetap berjuang bersama PAS terutama mempastikan parti itu tidak menjadikan UMNO sebagai rakan politik”

Mengapa Husam marah sangat dan enggan bekerjasama dengan UMNO. Adakah Husan lebih selesa berunding bersama DAP dan PKR sahaja. Ternyata Husam tidak mendokong fikrah presiden dalam soal muqabalah dan kerajaan perpaduan???

"HUH, DEMO TOLAK ORA KLANTE....."

Sewaktu keputusan pemilihan PAS di umumkan, saya telah berada di Kelantan atas beberapa urusan. Saya menerima keputusan bagi Jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden melalui pesanan rengkas yang dikirimkan melalui sms oleh seorang sahabat yang sedang berada di Stadium Shah Alam. Kemudiannya saya menjengguh ke laman blog bagi mendapat keputusan yang lebih lengkap. Andaian saya sebelum ini yang menjangkakan Saudara Husam akan menang ternyata meleset. Saya mengandaikan bahawa ucapan dasar presiden semasa pembukaan muktamar telah mempengaruhi dan menentuka hala pemilihan kali ini. Ternyata saranan presiden terhadap kerajaan perpaduan telah di sambut baik oleh sebahagian besar perwakilan. Namum begitu, saudara Lim Kit Siang pula nampaknya tersentak seketika, ketika mendengar secara berdepan ucapan dasar presiden di stadium Shah Alam. Saya turut menarik nafas lega. Sebelum ini pun saya sering katakan kepada ramai kawan bahawa diantara PAS dan UMNO ada 3 titik pertemuan. Titik pertemuan yang saya maksudkan ialah pertemuan atas titik agama, bangsa dan budaya. PAS dan DAP berkerjasama atas titik apa? Apakah yang menjadi titik pertemuan diantara PAS dan DAP? Atas sekadar satu semangat untuk mengalahkan BN semata-mata?

Pada sebelah petang pula, saya sempat minum sambil makan bubur kacang dengan beberapa orang pengiat PAS kawasan Kuala Krai. Perbualan pada mulanya berkisar kepada pelihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan di adakan pada 14 julai nanti. Kemudian menyentuh tentang muktamar yang sedang berlangsung di Stadium Shah Alam Selangor. Nampaknya keputusan pemilihan tidak mengembirakan mereka. “Huh, demo tolak ora klate…” tersembur kata-kata itu dari salah seorang dari mereka. Manakala yang lain seolah-olah turut mengiyakannya. Kata-kata itu merujuk kepada kekalahan saudara Husam untuk jawatan Timbalan Presiden dan beberapa calon dari Kelantan untuk jawatan AJK. “Waa duh tebalnya semangat kelantan’ detik pula hati saya.

Sebagaimana Husam dan Nasaruddin berpelukan selepas keputusan di umum, begitu jugalah harapan kepada penyokong masing-masing supaya dapat bertaut semula. Rumah dah siap janganlah pahat berbunyi lagi. Yang Menang bukan dapat semua manakala yang kalah tidak hilang segalanya. Perjuangan di utamakan, kemenangan di realisasikan !!!

BUMBUNG STADIUM RUNTUH - KENAPA RUNTUH??


3 komponan utama sebab sesuatu binaan boleh runtuh mengikut kajian kejuruteraan bangunan ;
1.Kesilapan rekabentuk.
2.Pembinaan tidak mengikut spesifikasi.
3.Faktor di luar jangkaan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.35 pagi pada selasa 2 jun 09 menjadi berita hangat secara tiba-tiba. Semua media perdana menjadikannya sebagai berita utama dan gambar kejadian terpampar di muka depan akhbar-akhbar utama. Bumbung stadium sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh. Kejadian ini mengejutkan semua pihak meskipun tiada kemalangan jiwa yang di lapurkan berlaku. Kejadian berlaku sehari sebelum berlangsungnya sukan staff IPTA ke 34 yang di jangka akan di hadhiri oleh lebih 5000 orang. Tentunya para peserta yang bakal ke stadium mengurut dada lega dan mungkin juga ada yang dah buat sujud syukur.

Bumbung stadium yang di katakana berharga RM25 juta itu telah di rekabentuk dan di pasang oleh kontraktor dari Korea selatan . Manakala struktur bangunan stadium itu sendiri telah di bina oleh konsotium 3 syarikat iaitu Bina struktur sdn.bhd dan Emarco sdn.bhd serta Genggam Mercu sdn .bhd. Semua pihak tertanya-tanya mengapa bumbung itu boleh runtuh. Sebagaimana biasa, banyak pula pihak dan orang perseorangan yang memberikan pendapat dan pandangan mereka. Pendapat dan pandanagan mengikut persepsi masing-masing.

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat 3 komponan utama yang boleh menyebabkan berlakunya runtuhan pada bumbung stadium tersebut. Mana satukah faktor yang lebih dominan dari 3 faktur utama itu. Masyarakat awam selalunya berpendapat faktor pembinaan tidak mengikut spesifikasi adalah faktor dominan kerana faktor Ini dikaitkan dengan perbuatan rasuah, dimana Penguasa projek yang biasanya terdiri dari residen engineer dan para engineer serta para teknisen dikatakan tidak membuat pengawasan yang rapi kerana telah di sogok. Kontaraktor pula menyogok kerana nak untung besar dengan menggunaan bahan binaan yang lebih murah dan kerja tidak ikut spesifikasi yang telah di tetapkan.

Harapnya siasatan yang telus dapat dibuat oleh perunding bebas yang di lantik dan hasil siasatan hendaklah di umumkan kepada rakyat, sebab rakyat berhak menghukum.

ANALISA KEPUTUSAN DUN PENANTI

Amat memeranjatkan banyak pihak bilamana peratus keluar menggundi sekadar 46.15% sahaja. Kadar yang paling rendah pernah di catatkan dalam siri pilihanraya di Malaysia. Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan peratusan yang rendah :

1.Pilihanraya menjadi Lesu bilamana Umno atau BN membaikot pilihanraya tersebut. Penyokong Umno dan BN semuanya membuat protes senyap dengan tidak keluar mengundi, Muhyiddin menafikan bahawa para penggundi Umno dan BN di larang dari keluar menggundi.Kalau tidak di larang, mengapa mereka tak pergi mengundi?

2.Pilihanraya menjadi Suram bilamana SPR mengharamkan balung-balung panas dan perayu-rayu undi pada hari pembuangan undi.

3.Pilihanraya menjadi Kelam bila sepanduk-sepanduk dan bendera-bendera mana-mana parti tidak di benarkan berkibar di kawasan pusat membuang undi

4.Calon-calon bebas terdiri dari mereka yang tidak punya kelibar. Kesemua calon bebas hilang wang pertaruhan. Para penggundi merasakan , calun bebas kalaupun mereka menang , mereka sekadar menyandang jawatan tapi tidak punya apa-apa kuasa. Jawatan tanpa kuasa tidak membawa sebarang makna.

KEPUTUSAN RASMI

1.Mansor Othman (PKR) : 6,052 undi
2.Aminah Abdullah (Bebas) : 392 undi
3.Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) : 494 undi
4.Kamarul Ramizu Idris (Bebas) : 56 undi

Jumlah pengundi : 7,100
Peratus : 46.15 %
Undi rosak : 106 undi
Majoriti : 5,558 undi
Penyandang : Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi