MeMo Rakyat @ Yb Jawab !!!

NOTA RENGKAS >>> MeMo Rakyat !!!

>>> Soalan terakhir untuk ahli nujum Pak Belalang Moden : Dimanakah terletaknya kekuatan bangsa Melayu...pada Melayunya kah...pada ugama islamnya kah... pada ekonominya kah atau pada kuasa politiknya kah ....Silalah jawab hai ahli nujum Pak Belalang Moden... jika salah jawab akan tergadailah bumi Malaysia nanti......???

>>> Terkenang-kenang zaman Mahathir Jadi PM, Muhyiddin Jadi MB .....hari Jumaat telah di tukar kepada Hari Ahad sebagai cuti umum negeri Johor Darul Takzim, ada yang kata Al Sultan murka, rakyat johor gelisah ....selepas lama berlalu, semuanya kembali biasa ....masihkah tuan-puan ingat...!!!

>>> SPRM cuma boleh buat soalsiasat terhadap saksi-saksi pada waktu pejabat 8:30>5:00...Polis pula boleh buat siasatan 24 jam....??? apa reaksi tuan-puan, adakah ini akan memberi kesan kepada kadar rasuah...???

>>> Dari Hotel Mewah berpindah ke SPA...kemudian ke belakang pusat cyber dan restoran ...pindah pula ke ladang kelapa sawit.... Licik betul Dalang kepada Gro China dan dari Lain-lain negara...??? Apakah langkah drastik yang lebih berkesan perlu pihak berkuasa laksanakan...???

>>> Fakta yang mengejutkan : 2 jenis Lapuran Polis yang menduduki carta teratas Lapuran Polis yang diterima di Pejabat Polis Putrajaya > 1. Lapuran Kereta di tarik 2. Lapuran Pergaduhan suami isteri .... kenapalah 2 kes ini banyak menimpa k/tangan kerajaan putrajaya..? tuan-puan rasa, apakah sebab-sebabnya...???

USUL-USUL DALAM PARLIMEN FACEBOOK

[USUL-USUL TERKUMPUL DARI PALIMEN(YB) fACEBOOK]

USUL NO.1/PEMBANGKANG : Kami tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ke 3 Malaysia-Singapura, Banginda sultan Johor juga bersependapat dengan kami, masih banyak perkara asas rakyat yang perlu di utamakan....Mohon Membangkang !!!

USUL NO.2/KERAJAAN : Setelah kami mengkaji secara mendalam, Kabinet memutuskan untuk Meneruskan PPSMI. Kita mahu jenerasi kita cepat jadi Glokal. Namun BM tetap di Perkasa dan DBP diberi lebih Kuasa....Mohon Mencadang !!!

USUL NO.3/PEMBANGKANG : Jangan Sesekali Cuba Melemahkan Pakatan Kami Dengan Memanipulasikan isu Perpaduan. Kami Mahukan Perpaduan Rakyat Malaysia dan bukannya Setakat Perpaduan Melayu Sahaja. Mohon Mencadang !!!

USUL NO.18 /KERAJAAN (Politik) : Para Guru dan Cikgu kumpulan G41 keatas hendaklah di benarkan aktif berpolitik . Mohon Mencadang !!!

USUL NO.19 / PEBANGKANG (Politik) : Lebih 3 Ribu anggota polis di tugaskan mengawal P.Kecil Manik Urai. Di masa hadapan kita cadangankan supaya anggota Rela atau Askar Wataniah mengambil alih tugas-tugas seperti ini. Anggota polis patut tumpakan kepada kerja pencegahan Jenayah yang semakin meningkat. Mohon Mencadang!!!

USUL No.21 /PEMBANGKANG(Pelajaran) : Kelab Uwartawan (di samping kelab 3K) patutlah di tubuhkan di setiap sekolah menengah seluruh Negara, dengan ini pelajar-pelajar dapat post dengan segera ke facebook atau u-tube sebarang berita dan peristiwa dari sekolah masing-masing…Mohon Mencadang???

USUL No.23 /PEMBANGKANG(kesihatan) : Kami di fahamkan Penutup muka jenis kain yang lebih murah (RM1.50 sekeping) sukar di dapati dalam pasaran , yang banyak di pasaran agak mahal (RM6.90 hingga RM9.90 sekeping)….kami harap kementerian kesihatan mengambil tindakan segera dalam perkara ini supaya rakyat terbanyak tidak terbeban dan jangkitan dapat di kurangkan….!!! H1N! semakin membimbangkan ???

USUL NO.25 / PEMBANGKANG (Pelajaran & Sosial) : Mewujudkan Asrama 1 Malaysia adalah langkah sekunder, langkah prima adalah mewujud sekolah 1 Malaysia, selagi sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina dikekalkan… Rakyat 1 Malaysia tidak mungkin dapat terbentuk dengan mudah….. mohon Mencadang !!!

MeMo Rakyat @ Yb Jawab !!!

MeMo(1) : Suruhanjaya DiRaja wajar di tubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruhan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)…..kontraktor utama Kuala DImensi sdn.bhd. (KDSB) di lapurkan membuat tuntutan palsu antara RM500juta hingga RM 1 billion….siapakah di sebalik KDSB…heret semua yang terlibat kemuka pengadilan… ???

MeMo(2) : SPRM merajuk tidak mahu menyiasat kes-kes melibatkan orang-orang politik...MB selangor pula mengarahkan SPRM membuat siasatan hanya pada waktu pejabat....Kes-kes orang politik di kira ber “Profile Tinggi”...... kalau cakap tak serupa bikin masakan rasuah boleh diperangi hingga ke akar umbi....???

Memo (3) : Plus Expressways untung RM765.2 juta dalam tempoh 6 bulan pertama 2009 dan jumlah pendapatan 6 bulan mencecah RM1.51 billion.....waw terkejut juga saya dengan keuntungan yang begitu banyak...namun kadar tol naik dan terus naik ....????

MeMo(4) : Siasat PAC mendapati kerugian berbilion wang rakyat untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Landasan Berkembar adalah kerana Modus Operandi yang sama iaitu 'Kelemahan Pengurusan" .... "Kelemahan Pengurusan" itu sebenarnya "Kecekapan Memanipulasi" pihak-pihak tertentu ??? Apa pula pendapat tuan-puan ..???

MeMo(5) : Berlaku adil dan saksamalah kepada semua rakyat...tak kira dari parti lawan maupun parti sendiri...yang miskin tetap dibela, yang susah pasti dibantu... rakyat keseluruhan didahulukan dan bukannya kroni dan pengikut sendiri saja yang di utamakan....!!!

MeMo(6) : Agak sukar juga untuk saya mengelak dari sembang politik masa berkunjung kerumah kekawan masa musim raya….rata-rata mereka suka membangkitkan isu royalti minyak untuk Kelantan…kenapa kerajaan persekutuan tak selesaikan hak rakyat Kelantan…kenapa Kelantan di anak tirikan ???

MeMo(7) : Meskipun BPR telah dijadikan suruhanjaya dan dipanggil SPRM, namun ianya masih gagal mengubah persepsi rakyat … survey oleh GCB-Global Corruption Barometer mendapati 70% rakyat merasakan kerajaan tidak begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan rasuah … misalnya isu PKFZ yang melibatkan tokoh politik, pegawai tinggi kerajaan serta ahli perniagaan nampaknya di tangani secara lewa sahaja…???

MeMo(8) : Rakyat minta SPR supaya lebih telus dalam mengendalikan undi pos…di fahamkan di DUN Bagan Pinang terdapat 4606 undi pos berbanding 13,664 orang yang layak mengundi…ini kira-kira 33.7%, kadar peratusan yang cukup tinggi dan mampu mencorakkan keputusan pemilihan ???

MeMo(9) : Rakyat kelate cukup bertuah, tak dapat Royalti dapat wang Ehsan..JPP banyak bawa masuk dana pembangunan..dari kemubu sampai semerak >KADA yang jaga, dari Gua Musang sampai Ke Krai>KESEDAR yang kawal…Tumpat ke Songkla> Petronas kerjasama gan Thailand… makanya kerajaan Pas pula jaga/perentah tak sampai ¼ dari negeri kelate….!!!

MeMo(10) :DS Najib dan beberapa orang pemimpin kanan kerajaan sering kali berucap dalam bahasa English dalam majlis-majli yang di hadhiri kaum india khususnya... mengapa ya... orang india tak faham bahasa melayu ke ???

3 PENJURU DI MANIK URAI





Umno dan Pas telah pun mengemukakan ayam tambatan masing-masing. Penamaan calon akan berlangsung pada hari isnin, 6 hb.Julai nanti. Namun calon telah diumumkan lebih awal supaya calon dan penyokong masing-masing dapat membuat persedian awal dan lebih rapi serta pengundi pula dapat membuat penilaian terperinci terhadap calon-calon yang bakal di undi pada 14 hb. Julai nanti.

UMNO mengemukan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, Ketua Pemuda Bahagian K.Krai dan juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program di Ibu Pejabat Kesedar di Gua Musang. Beliau adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra di bandar ini. Selepas menamatkan pengajian di UTM, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Tuan Aziz pernah bertugas di Manik Urai, Pejabat Kesedar yang terletak di Peria. Beliau kemudiannya di tukarkan ke ibu Pejabat Kesedar di Gua musang oleh Pengerusi Kesedar Datuk Ramzi yang juga Ketua Bahagian Umno K.Krai kerana di katakana tidak sebulu dan dikatakan juga sebagai orang kuat Datuk Wan Zahid , bekas Ketua Bahagian juga bekas Pengerusi Kesedar. Orang-orang UMNO K.Krai sedia maklum bahawa Ramzi dan Wan Zahid adalah seteru politik yang tak boleh duduk semeja apatah lagi nak berdepan mata nak tatap anak mata.

Orang-Orang Umno K.Krai juga senyum sinis bila mendengar kata-kata Tim.Presiden parti bahawa tak ada chah keting di Manik Urai. "Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' kata Tim.Presiden Umno pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

Pas pula mengemukan Mohd.Fauzi Abdullah,50, Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai. Beliau juga merupakan anak jati Kuala Krai. Seorang yang peramah dan suka berkawan sesuai dengan kerjayanya sebagai penjual dan pemborong ikan di pasar besar Kuala Krai. Beliau di lihat sebagai ganti dan saling tak tumpah macam arwah paksu weil. Sejak remaja lagi sikapnya gemar membantu, maka tak hiaranlah kalau dia lebih berminat membantu ekonomi keluarga dari membaca buku. Beliau terdiri dari keluaga yang kurang berada , namum kakaknya berjaya jadi professor di sebuah IPTA ternama, abangnya seorang jurutera awam, seorang kakaknya pula jururawat yang peramah di Hospital K.Krai manakala adek lelakinya seorang Juruukur tanah berlesen yang berjaya di utara semenanjung dan seorang lagi adek lelakinya seorang programmer computer di sebuah syarikat multinational.

Fauzi memang di kenali ramai di daerah Kuala Krai termasuk kawasan Manik Urai. Beliau sering berulang alik ke Manik Urai sejak biliau remaja lagi atas urusan bisnes ikannya serta kerumah kakaknya yang menetap di Manik Urai kerana abang iparnya seorang polis yang bertugas di Manik urai. Pemilihan Mohd. Fauzi adalah pilihan yang tepat bagi Pas dan di terima oleh penyokong Pas Manik Urai.

Pertembungan antara Tuan Aziz dan Mohd.Fauzi di ikuti pula dengan pertembungan
antara pengaruh Ramzi dan Wan Zahid, menjadikan pertandingan 3 penjuru di Manik Urai ???

MENCARI MAKNA TERSiRAT HUSAM ???


Saya membaca dengan teliti catatan wawancara Husam dengan wartawan utusan sebagaimana yang di siarkan dalam Mingguan Malaysia pada Ahad 7 jun 2009. Berikut adalah kata-kata Husam sebagaimana yang di catatkan, tulisan condong adalah ulasan saya. Sama-sama kita renung-renungkan !!! Betulkah rumah siap tukul masih berdetum???

“saya tidak melaksanakan kempen agresif dan saudara sendiri tahu bahawa banyak elemen yang tidak menyebelahi saya termasuk dalam program-program parti sendiri yang pada pendapat saya telah berat sebelah “

Husam seperti mendakwa bahawa parti tidak berlaku adil dengannya, Mustaffa Ali patut menjawab keluhan Husam ! Apakah perlu kempen yang agresif dalam PAS sepertimana kempen-kempen dalam UMNO. Apakah yang Husam buat dalam sepanjang kempennya belum cukup agresif, adakah calun lain lebih agresif dari Husam ?

“saya tahu cabaran yang berat di hadapan saya terutamanya tidak boleh menyatakan secara terbuka berhubung kritikan-kritikan dan pandangan saya yang berbeza tapi maklumat sebelah pihak telah disebar pelbagai cara. Dalam suasana seperti itu kalah adalah lebih mudah daripada menang”

Nampak gaya Husam tidak dapat menerima kekalahan dengan dada yang lapang. Menyalahkan pihak lain atas kekalahannya. Kalau dah tahu nak kalah napa tak tarik diri dan jadikan pertandingan 2 penjuru.

“jangan salahkan padang tinggi rendah. Saya tetap menerima keputusan ini kerana mesej saya tetap akan dapat di sampaikan ke dalam parti melalui kebanyakan rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan AJK pusat. Mereka mempunyai pendapat yang sama dengan saya “

Husam yakin kawan-kawannya yang memenangi jawatan Naib Presiden dan AJK Pusat mempunyai pendapat dan Fikrah yang sama dengannya. Bermakna Husam kalah bukan kerana fikrah yang di dokongnya tetapi kerana personality yang di kandungnya?

“bahkan di peringkat Timbalan Presiden jika di campur dengan Mohammad Sabu jumlah undi yang kami perolehi ialah 56% dan ini adalah satu pencapaian baik saya”

Husam mengungkit bahawa Nasaruddin tidak mendapat undi majoriti perwakilan. Jika perlawanan 2 penjuru diantara dia dan Nasa, Husam yakin dia akan menang. Kalau macam tu mengapa tak pujuk Mat sabu bagi laluan awal-awal lagi ?? Adakah tindakan Mat Sabu ikut bertanding adalah usaha untuk menyekat kemaraan Husam???

“kekalahan dalam parti bukan bermakna perjuangan bersama PAS telah berakhir. Saya tetap berjuang bersama PAS terutama mempastikan parti itu tidak menjadikan UMNO sebagai rakan politik”

Mengapa Husam marah sangat dan enggan bekerjasama dengan UMNO. Adakah Husan lebih selesa berunding bersama DAP dan PKR sahaja. Ternyata Husam tidak mendokong fikrah presiden dalam soal muqabalah dan kerajaan perpaduan???

"HUH, DEMO TOLAK ORA KLANTE....."

Sewaktu keputusan pemilihan PAS di umumkan, saya telah berada di Kelantan atas beberapa urusan. Saya menerima keputusan bagi Jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden melalui pesanan rengkas yang dikirimkan melalui sms oleh seorang sahabat yang sedang berada di Stadium Shah Alam. Kemudiannya saya menjengguh ke laman blog bagi mendapat keputusan yang lebih lengkap. Andaian saya sebelum ini yang menjangkakan Saudara Husam akan menang ternyata meleset. Saya mengandaikan bahawa ucapan dasar presiden semasa pembukaan muktamar telah mempengaruhi dan menentuka hala pemilihan kali ini. Ternyata saranan presiden terhadap kerajaan perpaduan telah di sambut baik oleh sebahagian besar perwakilan. Namum begitu, saudara Lim Kit Siang pula nampaknya tersentak seketika, ketika mendengar secara berdepan ucapan dasar presiden di stadium Shah Alam. Saya turut menarik nafas lega. Sebelum ini pun saya sering katakan kepada ramai kawan bahawa diantara PAS dan UMNO ada 3 titik pertemuan. Titik pertemuan yang saya maksudkan ialah pertemuan atas titik agama, bangsa dan budaya. PAS dan DAP berkerjasama atas titik apa? Apakah yang menjadi titik pertemuan diantara PAS dan DAP? Atas sekadar satu semangat untuk mengalahkan BN semata-mata?

Pada sebelah petang pula, saya sempat minum sambil makan bubur kacang dengan beberapa orang pengiat PAS kawasan Kuala Krai. Perbualan pada mulanya berkisar kepada pelihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan di adakan pada 14 julai nanti. Kemudian menyentuh tentang muktamar yang sedang berlangsung di Stadium Shah Alam Selangor. Nampaknya keputusan pemilihan tidak mengembirakan mereka. “Huh, demo tolak ora klate…” tersembur kata-kata itu dari salah seorang dari mereka. Manakala yang lain seolah-olah turut mengiyakannya. Kata-kata itu merujuk kepada kekalahan saudara Husam untuk jawatan Timbalan Presiden dan beberapa calon dari Kelantan untuk jawatan AJK. “Waa duh tebalnya semangat kelantan’ detik pula hati saya.

Sebagaimana Husam dan Nasaruddin berpelukan selepas keputusan di umum, begitu jugalah harapan kepada penyokong masing-masing supaya dapat bertaut semula. Rumah dah siap janganlah pahat berbunyi lagi. Yang Menang bukan dapat semua manakala yang kalah tidak hilang segalanya. Perjuangan di utamakan, kemenangan di realisasikan !!!

BUMBUNG STADIUM RUNTUH - KENAPA RUNTUH??


3 komponan utama sebab sesuatu binaan boleh runtuh mengikut kajian kejuruteraan bangunan ;
1.Kesilapan rekabentuk.
2.Pembinaan tidak mengikut spesifikasi.
3.Faktor di luar jangkaan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.35 pagi pada selasa 2 jun 09 menjadi berita hangat secara tiba-tiba. Semua media perdana menjadikannya sebagai berita utama dan gambar kejadian terpampar di muka depan akhbar-akhbar utama. Bumbung stadium sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh. Kejadian ini mengejutkan semua pihak meskipun tiada kemalangan jiwa yang di lapurkan berlaku. Kejadian berlaku sehari sebelum berlangsungnya sukan staff IPTA ke 34 yang di jangka akan di hadhiri oleh lebih 5000 orang. Tentunya para peserta yang bakal ke stadium mengurut dada lega dan mungkin juga ada yang dah buat sujud syukur.

Bumbung stadium yang di katakana berharga RM25 juta itu telah di rekabentuk dan di pasang oleh kontraktor dari Korea selatan . Manakala struktur bangunan stadium itu sendiri telah di bina oleh konsotium 3 syarikat iaitu Bina struktur sdn.bhd dan Emarco sdn.bhd serta Genggam Mercu sdn .bhd. Semua pihak tertanya-tanya mengapa bumbung itu boleh runtuh. Sebagaimana biasa, banyak pula pihak dan orang perseorangan yang memberikan pendapat dan pandangan mereka. Pendapat dan pandanagan mengikut persepsi masing-masing.

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat 3 komponan utama yang boleh menyebabkan berlakunya runtuhan pada bumbung stadium tersebut. Mana satukah faktor yang lebih dominan dari 3 faktur utama itu. Masyarakat awam selalunya berpendapat faktor pembinaan tidak mengikut spesifikasi adalah faktor dominan kerana faktor Ini dikaitkan dengan perbuatan rasuah, dimana Penguasa projek yang biasanya terdiri dari residen engineer dan para engineer serta para teknisen dikatakan tidak membuat pengawasan yang rapi kerana telah di sogok. Kontaraktor pula menyogok kerana nak untung besar dengan menggunaan bahan binaan yang lebih murah dan kerja tidak ikut spesifikasi yang telah di tetapkan.

Harapnya siasatan yang telus dapat dibuat oleh perunding bebas yang di lantik dan hasil siasatan hendaklah di umumkan kepada rakyat, sebab rakyat berhak menghukum.

ANALISA KEPUTUSAN DUN PENANTI

Amat memeranjatkan banyak pihak bilamana peratus keluar menggundi sekadar 46.15% sahaja. Kadar yang paling rendah pernah di catatkan dalam siri pilihanraya di Malaysia. Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan peratusan yang rendah :

1.Pilihanraya menjadi Lesu bilamana Umno atau BN membaikot pilihanraya tersebut. Penyokong Umno dan BN semuanya membuat protes senyap dengan tidak keluar mengundi, Muhyiddin menafikan bahawa para penggundi Umno dan BN di larang dari keluar menggundi.Kalau tidak di larang, mengapa mereka tak pergi mengundi?

2.Pilihanraya menjadi Suram bilamana SPR mengharamkan balung-balung panas dan perayu-rayu undi pada hari pembuangan undi.

3.Pilihanraya menjadi Kelam bila sepanduk-sepanduk dan bendera-bendera mana-mana parti tidak di benarkan berkibar di kawasan pusat membuang undi

4.Calon-calon bebas terdiri dari mereka yang tidak punya kelibar. Kesemua calon bebas hilang wang pertaruhan. Para penggundi merasakan , calun bebas kalaupun mereka menang , mereka sekadar menyandang jawatan tapi tidak punya apa-apa kuasa. Jawatan tanpa kuasa tidak membawa sebarang makna.

KEPUTUSAN RASMI

1.Mansor Othman (PKR) : 6,052 undi
2.Aminah Abdullah (Bebas) : 392 undi
3.Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) : 494 undi
4.Kamarul Ramizu Idris (Bebas) : 56 undi

Jumlah pengundi : 7,100
Peratus : 46.15 %
Undi rosak : 106 undi
Majoriti : 5,558 undi
Penyandang : Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi

DUN Manik Urai - Calon Jadi Penentu ?


SPR telahpun menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 hb Julai dan tarikh pengundian pada 14 hb julai 2009. Tempoh berkempen 8 hari sahaja.


DUN Manik Urai - Calon Jadi Penentu ?

Siapa yang akan menang akan di tentukan seawal 6hb. Julai ini , iaitu pada hari penamaan calon. Ini kerana Faktor calon adalah faktor mutlak yang akan membawa kemenangan di Manik Urai. Kedudukan pengaruh PAS dan UMNO adalah hampir seimbang. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu Ismail Yaacob(Allahyarham) Timbalan Yang Di Pertua Pas Kuala Krai telah menewaskan Mohamed Zulkifli Omar (yang lebih di kenali dengan panggilan Zuki ) Ketua Pemuda Umno kuala Krai dengan majoriti 1,352. Saudara Zuki adalah penyandang ketika itu dimana beliau telah berjaya menewaskan Ustaz Zamzuri Mat Lazim dalam PU ke 11 dengan majoriti tipis 53 undi. Bagi menjadikan pilihanraya DUN Manik Urai ini nanti sebagai pertemuan buku dengan ruas, memilih calon yang tepat adalah menjadi satu kepastiaan oleh Pas maupun Umno.

Calon yang bakal di tonjolkan oleh Pas dan Umno mestilah terdiri anak tempatan yang bermaustautin di Mukim Manik Urai. Manik urai di gembar gemburkan sebagai kubu kuat Pas, ini kerana sepanjang pilihanraya Pas cuma kalah 2 kali. Kekalahan Pas pada pilihanraya 2004 di katakana oleh faktor calon. Saya berpendapat, Umno perlu mencari 2 orang calon anak tempatan. Seorang sebagai bakal calon dan seoarang lagi akan bertanding sebagai calon bebas. Jika calon bebas boleh menarik undi sekitar 300 undi, Umno boleh menang. Calon bebas boleh meraih undi lebih dari 300 undi jika beliau terdiri dari anak tempatan yang dikatakan pengundi akan ‘malu mata’ dengannya, juga mempunyai anak beranak atau waghi wagha yang ramai di kawasan DUN Manik Urai.

Umno di jangka mencalonkan Naib Ketua Bahagiannya iaitu saudara Abdul Jalal b. Muda (Lebih di kenali dengan panggilan Abg Jalal Pak Muda) yang kini menetap di Mukim Manik Urai-Jalal bukan anak tempatan, cuma dia sudah lama menetap di situ. Namum begitu di kabarkan beberapa orang lagi sedang melobi supaya di pilih sebagai bakal calon Umno. Umno Bahagian Kuala Krai di katakan senentiasa berpuak-puak setiap kali tiba musim pilihanraya. Mana-mana tokoh yang tidak terpilih akan melakukan aktiviti tikam belakang dan Chah keting kepada calon yang dipilih. Semua orang kuat Umno Kuala Krai tahu perkara ini. Politik Umno kuala Krai sudah lama bermasalah. Harap Datuk Pha (Mustaffa Muhammed) yang baru di lantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dapat menyelesaikan perkara ini. Persoalannya,dapatkah Datuk Ramzi selaku Ketua Umno Bahagian kuala krai yang telah tidak di beri apa-apa jawatan penting dalam badan perhubungan, bekerjasama dengan Datuk Mustaffa ?

Kita Tunggu 6 hb. Julai nanti !!
Anakjati Manik Urai di perantauan kenalah pakat-pakat balik belaka!!!

Timbalan Presiden PAS - Layakkah Mat Sabu ?


Mampukah Nasaruddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiganya. Beliau telah berjaya 2 kali menewaskan calun dari golongan Ulamak. Dalam masa 2 penggal di tampuk Timbalan Presiden, visi dan ketokohan serta kelemahannya telah di nilai oleh setiap peringkat kepimpinan dalam Pas. Kali ini beliau akan di tentang oleh 2 calun Naib Presiden iaitu Husam Musa dan Mat Sabu. Husam dan Mat sabu tentunya mempunyai sebabnya yang tersendiri kenapa Nasaruddin perlu diganti. Meskipun berlaku pertandingan 3 penjuru namun pertembungan sebenar adalah pertembungan di antara Nasaruddin dan Husam. Kedua-dua adalah dari golongan professional. Manakala Mat Sabu pula di lihat perlu terus berperanan sebagai Naib Presiden.
Mengapakah Ustaz Azizan menarik diri? Sedangkan beliau adalah orang pertama yang menawarkan diri untuk turut bertanding. Adakah tugasnya sebagai Menteri Besar Kedah tidak mengizinkannya untuk lebih berperanan di peringkat Nasional. Sedangkan ustaz Hadi sebagai Presiden pernah memegang jawatan Menteri besar Terengganu selama 1 penggal. Manakala Ustaz Harun Din pula menarik diri pada 2 kali percalunan atas dasar prinsip “Tidak Mahu Bertanding” . Nampaknya kedua-dua ulamak ini merestui jawatan Timbalan Presiden akan terus di pegang oleh golongan professional. Kedua ulamak ini nampaknya yakin dengan proses pentarbiyahan dalam Pas yang melayakkan golongan professional di iktiraf sebagai ulamak. Sememangnya sebuah parti siasah seperti Pas memerlukan pemimpin dari pelbagai latar belakang pendidikan , pelbagai kemahiran, pelbagai karektor, yang pentingnya mereka semua mendokong dan memperjuangkan fikrah islam.
Di antara Nasaruddin dan Husam , siapakah yang lebih layak di pilih oleh para perwakilan ke muktamar nanti ? Nasaruddin adalah pensyarah di UKM sebelum bergiat aktif dalam Pas. Sebagai Pensyarah tentunya beliau pernah di ikat dengan akta university. Biarpun telah lama meninggalkan UKM, beliau dilihat masih fobia dengan ikatan lampau. Lantaran itu ada pihak dalam Pas melihat Nasaruddin lebih liberal dari Husam bila berdepan dengan Umno khususnya. Dari sudut Fizikal, jelas kelihatan fizikal Husam lebih besar dan tegap dari Nasaruddin dan ini semacam menampakkan Husam lebih berkrismatik. Suara Husam lebih nyaring dan mantap dan ini dilihat penting untuk menyerang Umno. Apapun, para perwakilanlah yang layak menentukan siapakah yang mereka mahu sebagai Timbalan Presiden.

PAS MULA DI RESAPI RASUAH POLITIK ?

Ketua Dewan Ulamak pas di lapurkan berkata bahawa ada pemimpin pas yang sedang berkempen untuk merebut jawatan dalam syaf kepimpinan pas pada muktamar pas akan datang telah di dapati melakukan rasuah politik dengan memberi hadiah berupa sogokan. Kenyataan ini telah mengemparkan banyak pihak dalam pas, ada yang melahirkan rasa terkejut dan ada pula yang menafikannya.

Selepas tempoh percalunan di tutup, 5 orang di calunkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jawatan Presiden nampaknya tidak dicabar dan Haji Hadi telah di sahkan menang tanpa bertanding. 16 orang pula telah di calunkan bertanding 3 jawatan Naib Presiden dan 86 calun untuk 18 jawatan ahli Jawatan Kuasa Pusat (AJK Pusat). Nasib mereka akan di tentukan oleh 1,100 perwakilan yang akan diadakan pada awal jun nanti di stadium melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Banyak pihak terutamanya dalam Pas sendri melihat bahawa Pas yang bersama pakatan rakyat kini sedang berada di ambang kuasa. Jika keputusan pilihanraya umun ke 12 yang lalu di jadikan ukuran, 3 tahun lagi Pas bersama PR akan menguasai Parlimen dan sekali gus memerentah Malaysia. Lantaran itu syaf kepimpinan yang berketerampilan dan layak untuk menjadi pemimpin kepada bangsa Malaysia perlu di persiapkan dari sekarang. Manakala mana-mana pemimpin pas yang merasa dirinya layak untuk menjadi menteri kabinet nanti, inilah masanya untuk menonjolkan diri. Dengan senario politik ini, maka tidak hiranlah begitu ramai calun yang di calunkan ataupun menawarkan diri untuk merebut jawatan-jawatan penting tersebut.

Sepatah kata Dr. Mahathir ‘Nampaknya rasuah berleluasa sehingga sesiapa saja terbabit, kita tak kata Pas melakukan jenayah…dia lakukan macam orang lain juga, jadi tak hairanlah dia buat benda yang bertentang dengan ajaran islam’ (BH-17mei09)

Sesungguhnya, sesuatu yang amat malang bagi Pas jika benar rasuah politik kini telah meresapi dan menular ke dalam partinya. Pas yang sebelum ni lantang menepelak Umno, kini berdepan dengan cemuhan dari Umno pula.Pas dan Umno akan jadi 2X5. Rasuah politik tetap satu jenayah politik, perlu di hapuskan ke akar umbi. Siapapun yang melakukanya perlu di humbang dari syaf kepimpinan.

Istiqamahlah dalam perjuangan. Jika Matlamat Agung Perjuangan jadi taruhan, wang dan kedudukan akan datang keriba tetapi jika wang dan kedudukan jadi taruhan maka tunggulah saat kehancuran, maruah Agama dan bangsa akan terhina.

KENYATAAN KHAS PRESIDEN PAS
Setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat agung, di semua peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam Pas.
Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera Pas melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal dan kita yakin Pas tidak akan dapat di tembusi dengan amalan politik wang.
Kita juga menafikan sekeras-kerasnya lapuran media yang mengaitkan Pas dengan amalan rasuah dan politik wang.

Politik Perak - Tempoyak dah Masam ?

Datuk Abdul Aziz Rahim , HAKIM MAHKAMAH TINGGI WAJAR LETAK JAWATAN ?

3 Hakim Mahkamah Rayuan Sebulat suara menolak permohonan Nizar, sekaligus memberikan kemenangan 3 - 0 kepada Zambry. Mereka bertiga mengatakan Hakim Datuk Abdul Aziz telah buat kesilapan besar bila memberi kemenangan kepada Nizar.
" Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan gagal menilai dengan betul dan secukup-cukupnya semua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah" kata Hakim Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarof.

Apabila 3 orang bos anda mengatakan anda telah membuat keputusan yang salah, apa reaksi anda??? Hakim Datuk Aziz wajar letak jawatan?

Nizar menegaskan bahawa beliau akan terus membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan sebagai percaturan terakhir di gelanggang mahkamah, kemudian ke gelanggang rakyat Perak pula.
Bagaimanapun Penasihat Undang-undang Umno yang bertindak sebagai Peguam pemerhati, Datuk Mohd.Hafirizam Harun menegaskan "Bukan mudah bagi Mohammad Nizar untuk mengemukakan rayuan memandangkan keputusan 3 hakim adalah sebulat suara (3 - 0)"

TEMPOYAK DAH MASAM - KENA TUNGGU MUSIM DURIAN BARU, BUAT TEMPOYAK BARU !!!


RAYUAN NIZAR DI MAHKAMAH RAYUAN

Isnin 18 mei, mahkamah rayuan putrajaya di jangka memutuskan rayuan yang di buat oleh pihak Nizar. Banyak pihak berminat untuk mengetahui bentuk keputusan yang bakal di umumkan itu. Apakah kesan langsung yang akan terjadi? apakah sesudahan? apakah tindakan-tindakan selanjutnya??
Selain dari proses mahkamah, sudah tiada ke pilihan lain bagi menamatkan kemelut politik Perak yang telah menjadi seakan chachamerbau ataupun tempoyak yang memualkan ???Gajah dan badak sumbu bergaduh, sang kancil lari ke hulu ke hilir....

Mahkamah yang patut bersidang pada 1snin 18 mei telah di tunda kepada jumaat 22 mei.
Selepas bersidang pada petang jumaat, Zambry menang dengan 3-0, zambry sah sebagai MB Perak.


DI MAHKAMAH RAYUAN

LAIN DI MAHKAMAH TINGGI SEMALAM LAIN PULA DI MAHKAMAH RAYUAN HARI INI. RAKYAT JADI SEMAKIN KELIRU, POLITIK BERTAMBAH CELARU. REBUT MEREBUT TERUS BERLAKU. BELUM ADA TANDA KESUDAHAN. ESOK LUSA ANGGOTA FRU KENA BEKERJA LEBIH KERAS. AL-SULTAN WAJAR BERTITAH SEBELUM RAKYAT TERUS MEMBERONTAK ???


DI MAHKAMAH TINGGI

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam 11 MEI telah membawa padah kepada kerajaan BN Perak yang di pimpin oleh Zambri sejak 96 hari yang lalu. Mahkamah mendapati perlucutan jawatan Nizar dan perlantikan Zambri sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak atas cadangan dan nasihat Najib telah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak dan undang-undang Persekutuan. Krisis politik Perak bermula apabila Kerajaan BN pimpinan Tajul Rosli di tumbangkan dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Umno dan BN ‘terkejut beruk’ dengan kekalahan yang tidak mereka duga itu. Lanjutan itu mereka yang telah kehilangan kuasa secara tiba-tiba itu telah menjadi gundah gelana, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak selera. Maka mereka pun berusaha dengan pelbagai cara dan helah untuk mendapat balik kuasa tersebut. Akhirnya 3 adun yang ‘bermasalah’ (2 dari PKR dan 1 dari DAP) telah berjaya di ‘pujuk’ supaya keluar dari parti masing-masing dan mengistiharkan diri sebagai Adun Bebas dan menyokong BN.
Najib dengan gelojohnya telah mengadap dan menasihati Paduka Al-Sultan supaya melantik Zambri sebagai Menteri Besar yang baru. Akibat dari perasaan gelojoh yang membuak-buak, Najib telah hilang pertimbangan. Najib sepatutnya menasihati anggota Dun BN supaya mengemukakan undi tidak percaya terhadap Nizar, bukannya menasihati sultan supaya menggugurkan Nizar. Sultan Perak yang di ketahui umum sebagai seorang yang amat arif tentang undang-undang dan telah lama berkhidmat dalam bidang perundangan negara dan merupakan Bekas Hakim Negara. Namun tindakan Sultan telah di pertikaikan oleh banyak pihak. Ternyata undang-undang yang sediada masih terdapat ‘lompang-lompang’ yang menjadi ruang pertikaian oleh para peguam dan pensyarah-pensyarah undang-undang. Kalaulah mereka yang arif tentang undang-undang itu sendiri pun mempertikaikannya, apatah lagi rakyat terbanyak yang jahil undang-undang. Lompang-lompang tersebut perlu di padatkan segera.
Peguam yang mewakili Zambri telah diarahkan supaya mengemukankan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Mereka kata mereka akur dengan keputusan mahkamah tetapi dalam masa yang sama mereka rasa tidak puashati lalu mengemukakan rayuan. Akur tapi tak puashati?. Mengapa tak puashati ? Perasaan Gelojoh dan Tamak seringkali mendorong manusia supaya tak puashati ? Bila hati tak puas, jiwapun tak tenang dan tindakan pun jadi bercelaru .....

DUN PENANTI - NAJIB BERMAIN TEKA -TEKI ?

Biro politik Umno yang bermesyuarat pada petang isnin 4 april belum mengambil ketetapan samada ingin bertanding atau tidak di DUN Penanti. Mereka menundakan keputusan itu kepada pertengahan april nanti. Apa sebenarnya stategi Najib dalam hal ini? Adakah Najib ingin menunggu respon dari pelbagai peringkat atau sengaja bermain tekateki dalam proses mengubah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Najib dan Umno sedar bahawa mereka tidak mungkin memenangi kerusi DUN Penanti itu. Mereka sedang memerhati secara dekat pergolokan kepimpinan PAS kawasan Penanti yang ingin calun dari PAS di ketengahkan. Adakah setelah perpecahan agak parah di kalangan PKR dan PAS di Penanti, barulah Umno berani mengadu nasib?

NAJIB PENGECUT???
Pilihanraya kecil DUN Penanti adalah pilihanraya kecil ke 6 selepas PU ke 12 yang lalu. Najib membayangkan bahawa BN berkemungkinan tidak bertanding dalam pilihanraya itu nanti. Seolah Umno ingin memboikot atau memprotes. Ungkapan Najib itu telah di sambut dan disemarakkan pula oleh beberapa orang pemimpin Umno yang lain. Tidak kurang juga suara-suara yang kurang bersetuju. Mereka yang cepat melatah ini telah mengiyakan sambil mengampu bos baru mereka . Mungkin Najib cuba melihat respon atau test market ?

Dua alasan besar yang Najib kemukakan bagi merasionalkan saranan beliau. Pertama kekerapan pilihanraya kecil menjadikan suasana berpolitik bergolak sepanjang masa , dimana fikiran dan emosi rakyat banyak terfokus kepada soal politik sedangkan dalam masa yang sama rakyat dan Negara serta dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang tenat.Masyarakat terlebih berpolitik. Keduanya, pilihanraya kecil banyak menghabiskan banyak wang rakyat/pembayar cukai. Bayangkanlah RM 33.4 juta telah di belanjakan untuk 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Pecahan perbelanjaan itu adalah RM 2.4 juta oleh SPR dan RM 31 juta oleh PDRM. Bagaimana pula dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh parti-parti dan calun-calun yang bertanding. Hujah Najib semacam ada rasionalnya meskipun hujah itu lebih bersifat hujah politik. Rupa-rupa nya RM 31 juta di perlukan untuk belanja mengawal emosi dan tindakan liar penyokong-penyokong parti yang bertanding di 5 pilihanraya kecil. Satu perbelanjaan yang cukup-cukup besar.

Namun begitu dari analisa ekonomi pula, wang 33.4 juta itu tidak musnah seperti di jilat api dek kebakaran atau di buang kelaut menjadi tukun tiruan. Wang tersebut cuma telah bertukar dari tangan ketangan, dari kocek ke kocek. Banyak pehak telahpun mendapat manfaat dari wang 33.4 juta yang diagih dan teragih itu. Ini seperti memberi pakej rangsangan ekonomi juga, bila mana semakin banyak wang beredar di dalam pasaran, semakin banyak pula aktiviti ekonomi terjana.

Namun di satu pehak yang lain, melihat Najib telah kecut perut dan mula jadi penangkut setelah Umno dan BN kalah di empat tempat. Kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah memberi tamparan yang hebat terhadap Najib. Najib dan Umno sudah tidak mampu untuk menerima kekalahan lagi dalam masa terdekat ini. Najib tidak mahu imej baru kepimpinannya yang sedang di bina dan di nobatkan di calar dan di malukan berterusan. Belumpun sempat Najib berdiri tegap, bertalu-talu tumbukan singgah di muka dan di perutnya. Lantasan itu, di Dun Penanti Najib mulai takut nak masuk ke gelanggan. Adakah benar Najib pengecut atau sekadar undur setapak untuk mencari nafas supaya dapat maju dua tapak bagi melepaskan tumbukan maut?

Najib sebenanya sedang melakukan apa yang dinamakan sebagai ‘revolusi persepsi’. Najib sedang bekerja keras untuk mengubah persepsi ataupun tanggapan rakyat terhadap dirinya, isterinya, kawan-kawanya, dan jamaah kabinetnya serta terhadap partinya Umno . Najib sedang membina imej baru, personaliti baru dan segala macam yang baru-baru. Najib sedang melaungkan slogan dan agenda 1 Malaysia. Adakah Najib akan berjaya mengubah hati dan perasaan rakyat? Adakah sambutan lebih 40 ribu di Kuantan dan lebih 20 ribu di Pekan mengambarkan kejayaan awal Najib?

SELEPAS TEORI R.A.H.M.A.N

Ramai pehak bersetuju bahawa Najib telah melengkapkan teori RAHMAN. Walaupun belum 40hari Najib di takhta, sudah ada pihak yang mula berbicara pasal siapa selepas Najib. Ramai pengiat politik dalam Pakatan Rakyat terutamanya meramalkan Umno dan BN akan kecundang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika benarlah BN tumbang dan PR memerentah, siapakan PM nya. Adakah Anwar, Hadi ataupun Lim kit siang??? Jika Umno dan BN masih berkuasa, tentunya Najib masih di nobat sebagai Perdana Menteri.

Selepas teori RAHMAN, teori apa pula? Teori ANWAR? Teori HADI? Teori LKS? Kita tunggu Kabinet Bayangan PR - yang dibentuk oleh Ketua Pembangkang, DSAI ? Mungkin banyak pehak sedang membuat kajian dan telahan terhadap kemunculan sebuah teori baru bagi mengantikan RAHMAN.
Apapun yang akan berlaku dan terjadi pastinya sejajar dengan Sunnahtullah.
Maka marilah kita mengkaji Sunnahtullah untuk mencari jawabannya.

KABINET HARAPAN NAJIB

KHAMIS 9 pril jam 3 ptg , Najib telah mengumumkan kabinet harapanya. Najib membuat ucapan padat selama 15 minit bagi menjelaskan kewajaran barisan kabinetnya. Harapan Najib adalah semuga semua rakyat menerima dengan hati terbuka dan memberi peluang kepada barisan kabinetnya bagi membuktikan komitmen mereka untuk merealisasikan harapan rakyat.

Saya melihat Najib cukup berani bila tidak membariskan K.Pemuda dalam kabinetnya. Sejak zaman Mahathir lagi tidak pernah K.Pemuda tidak di beri jawatan dalam kabinet. Mungkin ini menimbulkan pelbagai reaksi, namun saya melihat ada kewajaranya. Pada saya ini dapat membendung sikap di kalangan pemuda dan puteri yang gelojoh mengejar jawatan menteri ataupun timbalan dengan mencalunkan diri merebut jawatan ketua kedua-dua sayap itu. Pertanding K.Puteri tempohari memperlihatkan gejala mengejar jawatan telah menular. Masing- masing merasakan jawatan K.Puteri adalah tiket untuk menjawat jawatan menteri ataupun timbalan. Ini di kuatkan hujjah bahawa K.Puteri pertama telah di lantik Menteri dan K.Puteri kedua pula dilantik kejawatan timbalan menteri. Jika sejak muda lagi telah di sogok dengan ganjaran, ini boleh merosakan perjuangan.

Perlantikan Mukhris mengundang pelbagai reaksi. Jika beliau menang jawatan K.Pemuda tentu ada kewajarnnya. Mengapa beliau di lantik? Adakah ini cara Najib membalas jasa Mahathir ? Adakah Mahathir masih membayangi Najib ? Adakah hati kecil Najib memang mengharapkan Mukhris menang dalam pertandingan Jawatan Ketua Pemuda tempoh hari? Adakah Najib merancang supaya selepas legasi Tun Razak, di ikuti Legasi Tun Hussin Onn kemudian di ikuti Legasi Mahathir ?

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah perlantikan Jamil Khir sebagai menteri yang menjaga halehwal agama islam. Beliau bukan orang politik dan bekas pengarat kagat dari mindef. Adakah tidak ada lagi tokoh politik dalam Umno yang bijak mengurus halehwal agama ? Adakah tokoh politik dan tokoh agama perlu diasingkan ? Adakah politik dan agama terasing ? Dari segi ketokohan dan rekod perkhidmatan, Jamil Khir dan Masitah di lihat layak berada di situ. Semuga selepas ini hal-hal kecelaruan tentang agama dapat segera di tangani dengan tuntas dan saksama. Islam mesti segera di kembalikan kemuliaan!!!

Sesiapa pun yang di pilih Najib, pasti di perincikan oleh rakyat yang perihatin. Pastinya Najib tidak dapat memenuhi citarasa semua pihak. Pastinya polimek dan persepsi kedengaran di sana sini sebagaimana kisah Lukmanulhakim dengan anaknya.

Bagi lah peluang kepada mereka untuk membuat perubahan, jika tidak kita akan bertindak mengubah mereka !.

TAMPARAN PERTAMA BUAT NAJIB

Kekalahan BN di 2 Bukit memberikan tamparan yang cukup hebat untuk Najib. Kekalahan Umno di Bukit Gantang dapat di ibaratkan seperti tamparan di pipi kanan dan kekalahan MIC di Bukit Selambau pula seperti tamparan di pipi kiri. Tamparan ini di diterima oleh Najib pada hari ke 5 nya sebagai Perdana Menteri. Tercunggap Najib dibuatnya. Pelan peralihan kuasa telah berjalan lebih dari 5 bulan yang lalu. Bermakna selama lebih 5 bulan ini, Umno belum dapat mengembalikan kekuatannya dengan menarik minat pengundi muda. Hidangan gula-gula oleh Najib dengan Pembebasan 13 tahanan ISA dan Pembatalan pengantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan yang dibuat dalam langkah sulongnya di dapati telah gagal memikat hati para penggundi. Pengantungan permit penerbitan itu yang di umumkan oleh Syed Hamid pada 24 mac dan di tarik balik pada 4 april di lihat sebagai agenda lakukan politik Najib. Nampaknya rakyat telah mual dengan gula-gula Umno .

Muhyiddin sebagai pengarah pilihanraya kecil sepatutnya menerima malu yang besar dengan 2 kekalahan ini. Sebelum ini Muhyiddin lantang mencanangkan bahawa kegagalan BN dalam pilihanraya Umum ke 12 adalah kerana kelemahan dan kepincangan pentadbiran PakLah. Lalu di nobatkannya Najib. Umum semakin faham apa yang tersirat di sebalik desakan Muhyiddin supaya peralihan kuasa di buat dengan segera. Muhyiddin telah menghitung peningkatan kerjaya politiknya dalam sisa-sisa usianya.Paklah mesti di paksa melangkah untuk membolehkan Mahyidin maju setapak. Namun begitu, Banyak pihak percaya bahawa kerjaya politik Muhyiddin sudah hampir sampai kepenghujung. Beliau juga di jangka senasib dengan Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang gagal menjadi PM. Kemungkinan besar Muhyiddin akan dicabar dan ditewaskan oleh salah seorang dari Naib Presiden sekarang dalam pertandingan jawatan timbalan presiden yang akan datang.

Kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno dan kehadhiranya dalam kempen-kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya tidak membantu apa-apa. Banyak pehak berpendapat taringnya telahpun patah. Zamannya sudah lama berlalu. Beliau patut bersara sepenuhnya dari politik. Tidak perlu lagi berkokok lantang dalam blog maupun web atau atas mana-mana pentas ceramah politik. Najib akan menerima lebih padah jika kepimpinannya dibayangi oleh Mahathir. Jika Mahathir rasa terpanggil untuk terus menabur jasa dan baktinya di akhir sisa usianya, elok sangat jika dia dapat kembali membuka klinik dan memberi rawatan percuma kepada rakyat termiskin ataupun bertugas secara sukarela di klinik wakaf anjuran KPJ.

Tempat / Keputusan Resmi / Keputusan undian Dari Blog saya
B.Gantang / Pas 54% / 55%
B.Selambau / PKR 53% / 51%
Keputusan diatas menunjukan ada kolerasi yang signefikan diantara undian di dalam blog dengan undian sebenar.(08/04/09)

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN WARGA UMNO

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan Ucapan Takziah atas kekalahan di Kuala Terengganu. Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut kerana pelbagai pihak telahpun memberi pelbagai komen dan ulasan tentang faktur-faktur kekalahan dan kemenangan dalam pilihanraya kecil itu. Saya cuma ingin memberi sedikit pesanan kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli umno :

1. Umno mestilah sanggup menggubal semula dasarnya dan menggubah modus operandinya demi untuk menarik minat bangsa melayu.
2. Kasta dan kroni yang terdapat dalam umno kini mestilah dihapuskan. Kasta dan kroni ibarat kanser yang sedang menyerang tisu-tisu umno. ”chah keting” dan ”tikam belakang” telah menjadi sebahagian dari budayakan umno.
3. Politik wang atau rasuah politik yang bermaharajalela dalam pemilihan kepimpinan bermula peringkat cawangan, bahagian dan MKT mestilah di hentikan segera. Jangan cakap tak serupa bikin.
4. Pemimpin umno dinobatkan sebagai golongan elit, hidup mewah di bunglow besar, bergaya dengan kereta mewah, bergandingan tangan dengan isteri yang kuat melaram serta makan minum di hotel lima bintang. Menjadikan jawatan dalam umno sebagai batu loncatan untuk mengumpul kekayaan dan mendapat bintang-bintang kebesaran.
5. Pemimpin-peminpin umno jangan lagi bersikap talam dua muka. Bercakap dengan bahasa dan irama yang berbeda di khalayak yang berbeza.
6. Para Pemimpin umno hendaklah meletakan kepentingan Agama, Negara dan Bangsa mengatasi kepentingan diri, keluarga maupun kroni. Janganlah hanya pandai berucap dan berpidato tetapi tidak pula pandai mengotakannya. Jangan jadi lidah bercabang, lain di depan lain pula di belakang.
7. Menabur janji-janji politik seperti menabur gula-gula kepada kanak-kanak, sudah tidak relevan lagi kepada kanak-kanak alaf baru. Menjanjikan peruntukan pembangunan dan peruntukan segera semasa pilihanraya sudah tidak lagi menarik minat penggundi. Rakyat mahu setiap pembangunan mestilah dijalankan dengan mapan dan penuh pertanggungjawaban.
8. Khazanah negara dan wang rakyat hendaklah diurus dengan cermat dan penuh amanah, projek yang bernilai sejuta ringgit, janganlah di ”mark up” hingga sepuloh juta ringgit misalnya untuk di agihkan kepada tabung pilihanraya umno atau juga untuk memenuhi kantung pihak-pihak berkepentingan dalam umno atau pelobi-pelobi projek.

Anak kecil main api, jika di biar boleh terbakar jari. Oleh itu wahai umno, segeralah berubah. Jangan tunggu hingga pilihanraya umum tiba pada 2011/12. Bila rakyat sudak muak, umno tidak lagi dipangkah. Bukan sahaja hilang tahta, malah hilang juga segala maruah.

Apa Yang Boleh Saya Pelajari Dari Peristiwa Di Palestin ?

1. Umat Yahudi berpegang teguh kepada Doktrinnya manakala sebahagian besar Umat Islam pula acuh tak acuh dengan Doktrin Islam. Zionis mempunyai perancangan rapi dan teliti serta pelan jangka panjang untuk memperluaskan tanah jajahannya di Gaza dan Tebing Barat. Adakah Umat Islam juga mempunyai pelan jangka pendek dan panjang bagaimana hendak menghalau zionis dari bumi Palestin?

2. Umat Yahudi amat bersatu padu sesama mereka manakala umat arab Islam pula asyik bergaduh sesama sendiri. Orang arab sejak zaman jahilliyah hinggalah kezaman moden kini masih tebal dengan sikap berpuak-puak mereka. OIC pula lebih dikenali sebagai Oh i See ? Umat Yahudi cuma 30 juta orang manakala umat islam 1.3 billion . Tepatlah Sabda Rasulullah : " umat islam walaupun ramai tapi cuma macam buih ajer....."

3. Umat Yahudi telah menguasai ekonomi Amerika sehingga Amerika yang terkenal sebagai polis dunia pun tidak berani menjentik telinga Israil. Kuasa Ekonomi mereka telah menjadi senjata yang hebat. Obama nak menang jawatan Presiden terpaksa juga ke israil minta undi dari kaum yahudi ....

4. Bumi Arab di kurniakan kekayaan telaga minyak yang melimpahruah. Tok-tok arab yang kayaraya pula suka berpoya-poya. Harta kekayaan mereka di simpan dan dilaburkan di Amerika atau Negara Eropah yang lain. Pemimpin-peminpin pula asyik di buai mimpi dan berlena-lenaan tidur dikatil emas. Amerika guna duit pak arab untuk buat senjata dan bekal kat israil dan bunuh saudaramara pak arab.... Apa nak jadi dengan saudagar-saudagar minyak (pak-pak arab) ni....? Liga Arab patut bersatu menarik balik semua simpanan kewangan mereka dari AS dan menyekat eksport minyak ke As dan Sekutunya Israel !!

5. Umat Islam mungkin sedang leka menunggu kedatangan Imam Mahadi dengan Bala tenteranya sebagaimana yang dijanjikan untuk menyelamatkan Islam dan umatnya di zaman mutakhir ini?

6. Umat Islam kini hanya sekadar berbangga dengan kegemilangan Islam dizaman silam, di zaman Rasulullah dan para sahabatnya, di zaman Salahuddin Al Ayubbi. Hanya sekadar berbangga?. Sambutan Maal Hijrah sudah tidak mempunyai nilai dan roh hijrah yang sebenar-benarnya?

7. Tidak memadai dengan hanya sekadar Solat Hajat, Membaca Yasin dan BerDoa beramai-ramai di masjid-masjid bila menghadapi sesuatu musibah., bila zionis mengebom dan membedil bumi Palestin. Tidak juga memadai hanya dengan semangat berkobar-kobar membaca kutbah di mimbar-mimbar masjid. Tidak juga memadai dengan berarak atau berdemotrasi di jalan-jalan raya dengan membawa sepanduk yang membakar semangat. Sedangkan umat Palestin hanya mampu membaling batu-batu kerikir melawan ledakan bom atom dan peluru dari tentera zionis?

Nota kaki ;
Arwah Atuk saya sepanjang hayatnya sering menyampaikan kuliah subuh pada hampir setiap pagi jumaat di masjid di mukimnya. Beliau suka berkongsi ilmu dan pengalamannya bersama anak-anak mukimnya. Beliau juga suka berkongsi cerita yang beliau dengar sewaktu duduk belajar dan menadah kitab di depan Almarhum Tok Guru Tok Kenali. Saya sering juga mendengar kuliah subuhnya bila berkesempatan. Beliau telah kembali kerahmatullah lebih 15 tahun yang lalu, AlFatihah ! Namun saya seringkali terbayang saat dan ketika bersamanya. Banyak ungkapan beliau yang masih segar dalam kotak minda saya, diantaranya ialah ” Islam dan umatnya tidak mungkin dapat menguasai dan memerentah dunia selagi mana jemaah yang datang solat subuh tidak seramai jemaah sewaktu solat jumaat....” Melihat kepada bilangan jemaah yang bersolat subuh di masjid-masjid besar seperti masjid negara, masjid wilayah, masjid putra, masjid-masjid negeri atau dimana-mana masjid di serata dunia (kecuali masjid di kota Makkah) yang dapat dikira dengan jari, rasa saya lambat lagi lah kita dapat melihat rejim zionis jatuh tersungkur di bumi palestin.... .wallahualam.