Apa Yang Boleh Saya Pelajari Dari Peristiwa Di Palestin ?

1. Umat Yahudi berpegang teguh kepada Doktrinnya manakala sebahagian besar Umat Islam pula acuh tak acuh dengan Doktrin Islam. Zionis mempunyai perancangan rapi dan teliti serta pelan jangka panjang untuk memperluaskan tanah jajahannya di Gaza dan Tebing Barat. Adakah Umat Islam juga mempunyai pelan jangka pendek dan panjang bagaimana hendak menghalau zionis dari bumi Palestin?

2. Umat Yahudi amat bersatu padu sesama mereka manakala umat arab Islam pula asyik bergaduh sesama sendiri. Orang arab sejak zaman jahilliyah hinggalah kezaman moden kini masih tebal dengan sikap berpuak-puak mereka. OIC pula lebih dikenali sebagai Oh i See ? Umat Yahudi cuma 30 juta orang manakala umat islam 1.3 billion . Tepatlah Sabda Rasulullah : " umat islam walaupun ramai tapi cuma macam buih ajer....."

3. Umat Yahudi telah menguasai ekonomi Amerika sehingga Amerika yang terkenal sebagai polis dunia pun tidak berani menjentik telinga Israil. Kuasa Ekonomi mereka telah menjadi senjata yang hebat. Obama nak menang jawatan Presiden terpaksa juga ke israil minta undi dari kaum yahudi ....

4. Bumi Arab di kurniakan kekayaan telaga minyak yang melimpahruah. Tok-tok arab yang kayaraya pula suka berpoya-poya. Harta kekayaan mereka di simpan dan dilaburkan di Amerika atau Negara Eropah yang lain. Pemimpin-peminpin pula asyik di buai mimpi dan berlena-lenaan tidur dikatil emas. Amerika guna duit pak arab untuk buat senjata dan bekal kat israil dan bunuh saudaramara pak arab.... Apa nak jadi dengan saudagar-saudagar minyak (pak-pak arab) ni....? Liga Arab patut bersatu menarik balik semua simpanan kewangan mereka dari AS dan menyekat eksport minyak ke As dan Sekutunya Israel !!

5. Umat Islam mungkin sedang leka menunggu kedatangan Imam Mahadi dengan Bala tenteranya sebagaimana yang dijanjikan untuk menyelamatkan Islam dan umatnya di zaman mutakhir ini?

6. Umat Islam kini hanya sekadar berbangga dengan kegemilangan Islam dizaman silam, di zaman Rasulullah dan para sahabatnya, di zaman Salahuddin Al Ayubbi. Hanya sekadar berbangga?. Sambutan Maal Hijrah sudah tidak mempunyai nilai dan roh hijrah yang sebenar-benarnya?

7. Tidak memadai dengan hanya sekadar Solat Hajat, Membaca Yasin dan BerDoa beramai-ramai di masjid-masjid bila menghadapi sesuatu musibah., bila zionis mengebom dan membedil bumi Palestin. Tidak juga memadai hanya dengan semangat berkobar-kobar membaca kutbah di mimbar-mimbar masjid. Tidak juga memadai dengan berarak atau berdemotrasi di jalan-jalan raya dengan membawa sepanduk yang membakar semangat. Sedangkan umat Palestin hanya mampu membaling batu-batu kerikir melawan ledakan bom atom dan peluru dari tentera zionis?

Nota kaki ;
Arwah Atuk saya sepanjang hayatnya sering menyampaikan kuliah subuh pada hampir setiap pagi jumaat di masjid di mukimnya. Beliau suka berkongsi ilmu dan pengalamannya bersama anak-anak mukimnya. Beliau juga suka berkongsi cerita yang beliau dengar sewaktu duduk belajar dan menadah kitab di depan Almarhum Tok Guru Tok Kenali. Saya sering juga mendengar kuliah subuhnya bila berkesempatan. Beliau telah kembali kerahmatullah lebih 15 tahun yang lalu, AlFatihah ! Namun saya seringkali terbayang saat dan ketika bersamanya. Banyak ungkapan beliau yang masih segar dalam kotak minda saya, diantaranya ialah ” Islam dan umatnya tidak mungkin dapat menguasai dan memerentah dunia selagi mana jemaah yang datang solat subuh tidak seramai jemaah sewaktu solat jumaat....” Melihat kepada bilangan jemaah yang bersolat subuh di masjid-masjid besar seperti masjid negara, masjid wilayah, masjid putra, masjid-masjid negeri atau dimana-mana masjid di serata dunia (kecuali masjid di kota Makkah) yang dapat dikira dengan jari, rasa saya lambat lagi lah kita dapat melihat rejim zionis jatuh tersungkur di bumi palestin.... .wallahualam.