3 PENJURU DI MANIK URAI





Umno dan Pas telah pun mengemukakan ayam tambatan masing-masing. Penamaan calon akan berlangsung pada hari isnin, 6 hb.Julai nanti. Namun calon telah diumumkan lebih awal supaya calon dan penyokong masing-masing dapat membuat persedian awal dan lebih rapi serta pengundi pula dapat membuat penilaian terperinci terhadap calon-calon yang bakal di undi pada 14 hb. Julai nanti.

UMNO mengemukan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, Ketua Pemuda Bahagian K.Krai dan juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program di Ibu Pejabat Kesedar di Gua Musang. Beliau adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra di bandar ini. Selepas menamatkan pengajian di UTM, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Tuan Aziz pernah bertugas di Manik Urai, Pejabat Kesedar yang terletak di Peria. Beliau kemudiannya di tukarkan ke ibu Pejabat Kesedar di Gua musang oleh Pengerusi Kesedar Datuk Ramzi yang juga Ketua Bahagian Umno K.Krai kerana di katakana tidak sebulu dan dikatakan juga sebagai orang kuat Datuk Wan Zahid , bekas Ketua Bahagian juga bekas Pengerusi Kesedar. Orang-orang UMNO K.Krai sedia maklum bahawa Ramzi dan Wan Zahid adalah seteru politik yang tak boleh duduk semeja apatah lagi nak berdepan mata nak tatap anak mata.

Orang-Orang Umno K.Krai juga senyum sinis bila mendengar kata-kata Tim.Presiden parti bahawa tak ada chah keting di Manik Urai. "Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' kata Tim.Presiden Umno pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

Pas pula mengemukan Mohd.Fauzi Abdullah,50, Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai. Beliau juga merupakan anak jati Kuala Krai. Seorang yang peramah dan suka berkawan sesuai dengan kerjayanya sebagai penjual dan pemborong ikan di pasar besar Kuala Krai. Beliau di lihat sebagai ganti dan saling tak tumpah macam arwah paksu weil. Sejak remaja lagi sikapnya gemar membantu, maka tak hiaranlah kalau dia lebih berminat membantu ekonomi keluarga dari membaca buku. Beliau terdiri dari keluaga yang kurang berada , namum kakaknya berjaya jadi professor di sebuah IPTA ternama, abangnya seorang jurutera awam, seorang kakaknya pula jururawat yang peramah di Hospital K.Krai manakala adek lelakinya seorang Juruukur tanah berlesen yang berjaya di utara semenanjung dan seorang lagi adek lelakinya seorang programmer computer di sebuah syarikat multinational.

Fauzi memang di kenali ramai di daerah Kuala Krai termasuk kawasan Manik Urai. Beliau sering berulang alik ke Manik Urai sejak biliau remaja lagi atas urusan bisnes ikannya serta kerumah kakaknya yang menetap di Manik Urai kerana abang iparnya seorang polis yang bertugas di Manik urai. Pemilihan Mohd. Fauzi adalah pilihan yang tepat bagi Pas dan di terima oleh penyokong Pas Manik Urai.

Pertembungan antara Tuan Aziz dan Mohd.Fauzi di ikuti pula dengan pertembungan
antara pengaruh Ramzi dan Wan Zahid, menjadikan pertandingan 3 penjuru di Manik Urai ???