"HUH, DEMO TOLAK ORA KLANTE....."

Sewaktu keputusan pemilihan PAS di umumkan, saya telah berada di Kelantan atas beberapa urusan. Saya menerima keputusan bagi Jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden melalui pesanan rengkas yang dikirimkan melalui sms oleh seorang sahabat yang sedang berada di Stadium Shah Alam. Kemudiannya saya menjengguh ke laman blog bagi mendapat keputusan yang lebih lengkap. Andaian saya sebelum ini yang menjangkakan Saudara Husam akan menang ternyata meleset. Saya mengandaikan bahawa ucapan dasar presiden semasa pembukaan muktamar telah mempengaruhi dan menentuka hala pemilihan kali ini. Ternyata saranan presiden terhadap kerajaan perpaduan telah di sambut baik oleh sebahagian besar perwakilan. Namum begitu, saudara Lim Kit Siang pula nampaknya tersentak seketika, ketika mendengar secara berdepan ucapan dasar presiden di stadium Shah Alam. Saya turut menarik nafas lega. Sebelum ini pun saya sering katakan kepada ramai kawan bahawa diantara PAS dan UMNO ada 3 titik pertemuan. Titik pertemuan yang saya maksudkan ialah pertemuan atas titik agama, bangsa dan budaya. PAS dan DAP berkerjasama atas titik apa? Apakah yang menjadi titik pertemuan diantara PAS dan DAP? Atas sekadar satu semangat untuk mengalahkan BN semata-mata?

Pada sebelah petang pula, saya sempat minum sambil makan bubur kacang dengan beberapa orang pengiat PAS kawasan Kuala Krai. Perbualan pada mulanya berkisar kepada pelihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan di adakan pada 14 julai nanti. Kemudian menyentuh tentang muktamar yang sedang berlangsung di Stadium Shah Alam Selangor. Nampaknya keputusan pemilihan tidak mengembirakan mereka. “Huh, demo tolak ora klate…” tersembur kata-kata itu dari salah seorang dari mereka. Manakala yang lain seolah-olah turut mengiyakannya. Kata-kata itu merujuk kepada kekalahan saudara Husam untuk jawatan Timbalan Presiden dan beberapa calon dari Kelantan untuk jawatan AJK. “Waa duh tebalnya semangat kelantan’ detik pula hati saya.

Sebagaimana Husam dan Nasaruddin berpelukan selepas keputusan di umum, begitu jugalah harapan kepada penyokong masing-masing supaya dapat bertaut semula. Rumah dah siap janganlah pahat berbunyi lagi. Yang Menang bukan dapat semua manakala yang kalah tidak hilang segalanya. Perjuangan di utamakan, kemenangan di realisasikan !!!