Timbalan Presiden PAS - Layakkah Mat Sabu ?


Mampukah Nasaruddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiganya. Beliau telah berjaya 2 kali menewaskan calun dari golongan Ulamak. Dalam masa 2 penggal di tampuk Timbalan Presiden, visi dan ketokohan serta kelemahannya telah di nilai oleh setiap peringkat kepimpinan dalam Pas. Kali ini beliau akan di tentang oleh 2 calun Naib Presiden iaitu Husam Musa dan Mat Sabu. Husam dan Mat sabu tentunya mempunyai sebabnya yang tersendiri kenapa Nasaruddin perlu diganti. Meskipun berlaku pertandingan 3 penjuru namun pertembungan sebenar adalah pertembungan di antara Nasaruddin dan Husam. Kedua-dua adalah dari golongan professional. Manakala Mat Sabu pula di lihat perlu terus berperanan sebagai Naib Presiden.
Mengapakah Ustaz Azizan menarik diri? Sedangkan beliau adalah orang pertama yang menawarkan diri untuk turut bertanding. Adakah tugasnya sebagai Menteri Besar Kedah tidak mengizinkannya untuk lebih berperanan di peringkat Nasional. Sedangkan ustaz Hadi sebagai Presiden pernah memegang jawatan Menteri besar Terengganu selama 1 penggal. Manakala Ustaz Harun Din pula menarik diri pada 2 kali percalunan atas dasar prinsip “Tidak Mahu Bertanding” . Nampaknya kedua-dua ulamak ini merestui jawatan Timbalan Presiden akan terus di pegang oleh golongan professional. Kedua ulamak ini nampaknya yakin dengan proses pentarbiyahan dalam Pas yang melayakkan golongan professional di iktiraf sebagai ulamak. Sememangnya sebuah parti siasah seperti Pas memerlukan pemimpin dari pelbagai latar belakang pendidikan , pelbagai kemahiran, pelbagai karektor, yang pentingnya mereka semua mendokong dan memperjuangkan fikrah islam.
Di antara Nasaruddin dan Husam , siapakah yang lebih layak di pilih oleh para perwakilan ke muktamar nanti ? Nasaruddin adalah pensyarah di UKM sebelum bergiat aktif dalam Pas. Sebagai Pensyarah tentunya beliau pernah di ikat dengan akta university. Biarpun telah lama meninggalkan UKM, beliau dilihat masih fobia dengan ikatan lampau. Lantaran itu ada pihak dalam Pas melihat Nasaruddin lebih liberal dari Husam bila berdepan dengan Umno khususnya. Dari sudut Fizikal, jelas kelihatan fizikal Husam lebih besar dan tegap dari Nasaruddin dan ini semacam menampakkan Husam lebih berkrismatik. Suara Husam lebih nyaring dan mantap dan ini dilihat penting untuk menyerang Umno. Apapun, para perwakilanlah yang layak menentukan siapakah yang mereka mahu sebagai Timbalan Presiden.