PAS MULA DI RESAPI RASUAH POLITIK ?

Ketua Dewan Ulamak pas di lapurkan berkata bahawa ada pemimpin pas yang sedang berkempen untuk merebut jawatan dalam syaf kepimpinan pas pada muktamar pas akan datang telah di dapati melakukan rasuah politik dengan memberi hadiah berupa sogokan. Kenyataan ini telah mengemparkan banyak pihak dalam pas, ada yang melahirkan rasa terkejut dan ada pula yang menafikannya.

Selepas tempoh percalunan di tutup, 5 orang di calunkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jawatan Presiden nampaknya tidak dicabar dan Haji Hadi telah di sahkan menang tanpa bertanding. 16 orang pula telah di calunkan bertanding 3 jawatan Naib Presiden dan 86 calun untuk 18 jawatan ahli Jawatan Kuasa Pusat (AJK Pusat). Nasib mereka akan di tentukan oleh 1,100 perwakilan yang akan diadakan pada awal jun nanti di stadium melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Banyak pihak terutamanya dalam Pas sendri melihat bahawa Pas yang bersama pakatan rakyat kini sedang berada di ambang kuasa. Jika keputusan pilihanraya umun ke 12 yang lalu di jadikan ukuran, 3 tahun lagi Pas bersama PR akan menguasai Parlimen dan sekali gus memerentah Malaysia. Lantaran itu syaf kepimpinan yang berketerampilan dan layak untuk menjadi pemimpin kepada bangsa Malaysia perlu di persiapkan dari sekarang. Manakala mana-mana pemimpin pas yang merasa dirinya layak untuk menjadi menteri kabinet nanti, inilah masanya untuk menonjolkan diri. Dengan senario politik ini, maka tidak hiranlah begitu ramai calun yang di calunkan ataupun menawarkan diri untuk merebut jawatan-jawatan penting tersebut.

Sepatah kata Dr. Mahathir ‘Nampaknya rasuah berleluasa sehingga sesiapa saja terbabit, kita tak kata Pas melakukan jenayah…dia lakukan macam orang lain juga, jadi tak hairanlah dia buat benda yang bertentang dengan ajaran islam’ (BH-17mei09)

Sesungguhnya, sesuatu yang amat malang bagi Pas jika benar rasuah politik kini telah meresapi dan menular ke dalam partinya. Pas yang sebelum ni lantang menepelak Umno, kini berdepan dengan cemuhan dari Umno pula.Pas dan Umno akan jadi 2X5. Rasuah politik tetap satu jenayah politik, perlu di hapuskan ke akar umbi. Siapapun yang melakukanya perlu di humbang dari syaf kepimpinan.

Istiqamahlah dalam perjuangan. Jika Matlamat Agung Perjuangan jadi taruhan, wang dan kedudukan akan datang keriba tetapi jika wang dan kedudukan jadi taruhan maka tunggulah saat kehancuran, maruah Agama dan bangsa akan terhina.

KENYATAAN KHAS PRESIDEN PAS
Setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat agung, di semua peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam Pas.
Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera Pas melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal dan kita yakin Pas tidak akan dapat di tembusi dengan amalan politik wang.
Kita juga menafikan sekeras-kerasnya lapuran media yang mengaitkan Pas dengan amalan rasuah dan politik wang.