RATU CANTIK, RATU FESYEN, RATU FILEM , RATU SUKAN


Wajarkah JAIS-Jabatan Agama Islam Sarawak memanggil 5 peserta Ratu Cantik Borneo (MBB)yang beragama islam untuk diberi Kaunseling Aurat ? Jika tindakan ini difikirkan wajar demi menjaga maruah perempuan islam, mengapa 75 orang lagi perempuan islam yang memohon untuk menyertai pertandingan itu tidak dipanggil sama atas dasar mencegah sebelum parah? Difahamkan bahawa daripada 200 lebih permohonan untuk menyertai MBB, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam tetapi hanya lima dipilih penganjur.


Pertemuan selama hampir dua jam itu telah dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIS. Syabas atas sikap mereka yang amat prihatin !!!
Menurut kata Abang Shamsudin Abang Seruji, Pengarah JAIS "Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri. Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza”


Masyarakat islam tiba tiba menumpukan pandangan kepada para Ratu Cantik tetapi hampir memejamkan mata, menutup pandangan terhadap Ratu Fesyen, Ratu Filem dan Ratu Sukan dan pelbagai Ratu di AF, Ratu di malam Anugerah AIM yang tidak kurang seksi dan menjolok mata. Mengapa mesti ada Double Standard?
Perdana Menteri (kini telah bersara) telah mengusulkan supaya seorang Mufti di Selangor dipecat kerana mengambil tindakan keatas peserta ratu Cantik tidak lama dulu. Tindakan itu telah menimbulkan kecelaruan minda kepada ramai remaja perempuan antara mana yang betul dan mana yang benar ?


Ramai remaja perempuan sering jadi mangsa keliru dalam sistem pendidikan yang tidak bersepadu. Para Ustaz dan Ustazah mengajar tentang aurat dan menekankan supaya berpakaian menutup aurat. Guru Seni dan Ahli Kebudayaan lain pula ceritanya. Di sekolah sering dianjurkan aktiviti pakaian beragam, pertunjukan fesyen, aktiviti sebegini telah menjadikan pelajar perempuan bertambah bercelaru. Bagaimana pula bila tiba pada aktiviti pendidikan jasmani, musim sukan tahunan disekolah masing-masing, sukan peringkat daerah dan negeri serta sukan peringkat kebangsaan apatalagi peringkat sukan SEA, Olimpik. Lihatlah pakaian ahli sukan perempuan baik di jelapang, lebih parah di kolam renang dan di dewan gymnastic.


Bagaimanakah satu sistem tindakan bersepadu dan berterusan dapat dibentuk ? Bermula dari rumah sampai ke sekolah sehingga ke mana-mana ?? Sama-samalah kita renungkan dan mulakan !!!

LEDAKAN MEDIA SOSIAL

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telahpun melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia menerusi tablet iPad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 20 Nov 2011. Khabarkan sekitar 2000 orang yang hadir. Mereka yang hadir berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah seperti IPAD2, Blackberry Torch, Samsung Tab 10.1 dan iPhone4.

Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya maklumat yang betul dan tepat disalurkan kepada rakyat melalui media baru ini, yang dikenalpasti sebagai medium utama golongan muda untuk berkomunikasi. Ia sekaligus dapat mengimbangi maklumat-maklumat berbentuk persepsi atau fitnah dari pihak-pihak tertentu, yang bertujuan untuk memecahbelahkan keharmonian rakyat Malaysia. Di program yang sama juga, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1 Malaysia.

Konvensyen ini adalah bukti betapa kerajaan memandang serius media baru seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya. Ia juga satu pengiktirafan kerajaan kepada semua pengamal media berkenaan. Konvensyen ini dianjurkan dalam beberapa segmen, iaitu soal jawab bersama panel jemputan, dan juga pembentangan resolusi serta pandangan dari golongan-golongan muda yang mewakili pertubuhan dan kumpulan media baru dari serata pelusuk negara.
Perdana Menteri juga menyifatkan ahli-ahli social media yang menghadiri konvensyen itu sebagai bala tentera ghaib yang memikul amanah bagi membuat dan menampis pelbagai serangan dialam maya menjelang PU13 nanti.

APA ITU SOSIAL MEDIA ?

Apa itu social Media ? Sosial Media adalah merujuk kepada penggunaan teknologi alat muda alih yang berasaskan website dan internet sebagai alat komunikasi secara berinteraktif. Kini Media social mengambil bahagian di pelbagai tempat seperti di Forum Internet, Weblogs, Socialblogs, Microblogging, Wikis, Podcasts, Video dan social bookmarking. Mengikut Andreas Kaplan dan Micheal Haenlein, terdapat 6 kategori media social iaitu : (1) Laman Jaringan Social seperti FaceBook (2) Kandungan Komuniti seperti YouTube (3) Blogs dan Microblog seperti Twitter (4) Projek Usahasama seperti Wikipedia (5) Permainan Dunia Maya seperti World of Warcraft dan (6) Sosial Dunia Maya seperti Second Life.

KERAJAAN BEReLETRONIK
Sosial Media di Malaysia juga telah turut berkembang sejajar dengan dasar kerajaan bereletronik. Berikutan dengan itu 10 kementerian telah mewujudkan Laman Sesawang, website masing-masing. Manakala 4 kementerian itu juga telah membuka akaun facebook, Twitter dan blogspot disamping website.

MEDIA SOSIAL BUKANLAH KEWARTAWANAN SEBENAR
Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, Janet E. Steele, berkata Media Sosial bukanlah kewartawanan sebenar kerana berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak serta ditapis oleh editor berbanding amalan standard oleh media tradisional.

"Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi. Oleh itu, laporan berita oleh wartawan mesti disemak dengan teliti oleh editor sebelum disiarkan, berbeza dengan media baru yang tidak memerlukan sebarang pengawasan," kata beliau kepada pemberita di Universiti Malaya (UM,) di sini, hari ini. Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk ''Keadilan dan Kewartawanan: Islam dan Nilai-nilai Kewartawanan di Malaysia dan Indonesia'' di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan. Kira-kira 50 pelajar pasca-siswazah dari UM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menghadiri majlis syarahan itu. Steele, yang fasih berbahasa Indonesia, menulis dalam ruangan mingguan "E-Mail from America" bagi akhbar Surya Daily di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. Steele, seorang tokoh terkenal di kalangan media Malaysia dan Indonesia, berkata media tradisional iaitu media cetak dan elektronik, berdepan pelbagai cabaran dalam persaingan dengan media baru, yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Beliau juga berkata semua pengamal media seharusnya mengamalkan sembilan elemen universal dalam kewartawanan yang baik.
"Sembilan prinsip kewartawanan yang baik terdiri daripada tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran; kesetiaan kepada warganya; disiplin dalam penentusahan; mengekalkan semangat dan minda yang bebas; bertindak sebagai pemantau kuasa yang bebas; serta menyediakan forum bagi kritikan dan kompromi awam.
"Mesti berusaha untuk menjadikan perkara yang penting supaya menarik dan relevan; mesti memastikan berita yang komprehensif dan mencukupi; dan mesti dibenarkan untuk menggunakan kebijaksanaan sendiri turut terkandung dalam prinsip kewartawan," katanya.

Steele berkata wartawan Muslim di Malaysia dan Indonesia mungkin tidak terdorong oleh matlamat kebebasan, namun mereka memahami pentingnya untuk menyatakan apa yang benar kepada kalangan yang berkuasa dan menghentikan perkara yang salah menerusi perkataan yang mereka gunakan. -- BERNAMA

SOSIAL MEDIA SEBAGAI LUBUK EMAS

Para Internet marketing pula melihat Sosial Media sebagai lubuk emas di mana kita sebagai pengguna facebook, youtube, blog, twitter dan sebagainya boleh menjana pendapatan harian. Mengikut Pakar Perniagaan Internet, Irfan Khairi, terdapat 66 strategi pemasaran sosial yang yang boleh kita gunakan dalam teknik dan strategi menjana pendapatan dari Internet. Diantaranya ialah :
 Anda yang memiliki apa sahaja perniagaan dan ingin menambahkan keuntungan perniagaan anda menggunakan kaedah mudah, murah dan juga percuma melalui laman web sosial
 Anda yang menjalankan apa sahaja perkhidmatan dan ingin menggandakan prospek dan pelanggan anda menggunakan strategi pemasaran sosial yang amat efektif
 Anda yang belum memulakan apa pun perniagaan dan ingin pelajari cara anda boleh menggunakan laman web sosial dalam menjana pendapatan
 Cara memulakan perniagaan apa sahaja melalui Facebook tanpa sebarang modal
 ketahui cara menjana pendapatan menggunakan Facebook- laman web sosial utama di dunia
 pelajari cara menambahkan lagi pengikut dan penyokong setia anda di Facebook dari 0 sehingga 1000 dalam masa hanya 14 hari
 cara membina jenama apa sahaja perniagaan anda menggunakan laman sosial
 cara menjana pendapatan melalui video di youtube tanpa sebarang modal
 Membina keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda
 Memilih media sosial yang terbaik untuk apa sahaja perniagaan anda
 Mengukur keberkesanan kempen media sosial anda
 Pengiklanan menggunakan media sosial yang jauh lebih murah dan lebih efektif berbanding ikan di TV, Akhbar dan Radio
 Cara menghasilkan sesuatu berbentuk 'viral' dan tersebar secara meluas dan percuma
 Ketahui tools yang paling berkesan dalam membina komuniti untuk perniagaan anda di Internet
 Ketahui teknik yang tidak efektif dan mungkin akan menjatuhkan kredibiliti dan kepercayaan perniagaan anda - seperti tagging! dan tahu cara yang jauh lebih efektif.
 Bagaimana twitter boleh menggandakan prospek dan pelanggan anda
 Strategi menarik perhatian orang ramai tentang perniagaan anda menggunakan Internet dan media sosial
 Cara membina dan menciptakan permintaan untuk apa sahaja perniagaan yang anda jalankan
 Cara menggandakan keuntungan dan mengurangkan kos perniagaan anda
 Menyasarkan prospek dan pelanggan dengan lebih tepat pada kos minima
 Membina hubungan dan kepercayaan anda dan bakal pelanggan
 Bagaimana menggunakan media sosial untuk membawa laman web anda di muka surat pertama enjin pencari
 Jejak dan ketahui teknik dan strategi pesaing anda menggunakan media sosial
 Cara membina penyokong yang SETIA - bukan penyokong yang biasa-biasa sahaja.
 Menggunakan laman sosial untuk menambah nilaikan perniagaan anda
 Menjana pendapatan walaupun tidak mempunyai perniagaan
 Memulakan perniagaan melalui media sosial tanpa sebarang modal
 Menggunakan media sosial untuk memperbaiki produk dan perniagaan anda
 ... dan banyak lagi!

MeMo Rakyat Dari FaceBook


Keputusan Pilihanraya Sarawak:16 April 2011
OPPOSITION (DAP,PKR,PAS,BEBAS) : 300,288 votes. (44.64%)
BN (PBB,SUPP,PRS,SPDP) : 372,379 votes. (55.36%)
Differences: 72,091 (5.36%)
Berdasarkan keputusan ini dengan perbezaan 5.36%, yang menang jangan megah diri dan dok goyang kaki, yang kalah pula jangan dok rasa serik dan malas nak kerja keras lagi....


>>>TERKINI :

>Jambatan Bengkok - komisen untuk seorang pelobi sahaja telah mencecah RM20 Juta....bagaimana pula untuk pelobi yang lain. Banyaknya wang rakyat telah di bazirkan ??? (merujuk kepada kes mahkamah: mahkamah telah menolak permohonan seorang pelobi projek )

>Usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi sewajarnya dipuji. namun sebelum itu terjadi, rakyat yang berpendapatan rendah semakin rasa terbeban dengan kenaikan barangan keperluan asas. misalnya harga gula naik keparas Rm2.30, ayam 8.50, minyak masak dan semua barang dapur melonjak naik ?

RENUNGAN DARI MEMO RAKYAT !!!


>Apa yang dapat kita pelajari dari pengalaman Dr.khir Toyo ...dari Doktor gigi hingga meneraju sebuah negeri, memulangkan kembali gelaran Dato'Sri dengan arahan Al Sultan dan kini sedang berjuang mempertahankan diri dari direkok di penjara untuk satu tempoh yang belum pasti....



>Bahang pilihanraya umum PU13 semakin hari semakin terasa kehangatannya.....
‎>ingat-ingatlah wahai pemimpinku yang dipilih, ingat-ingatlah para penggundi sekalian sebelum memilih…..

Anak-anak hari ini
Pemimpin hari esok
kita bersenang lenang hari ini
anak cucu menanggung hutang hari esok

>Selepas Koroner Azmil buat keputusan baru nak tubuh Suruhanjaya Diraja, tanya rakyat jelata , Kenapa sekarang baru nak tubuh bukan sebaik saja lepas kematian....???

>Gelagat di Dewan Rakyat : Bila Yb gagal mengawal emosi, kepetahan bercakap sudah tidak didengari lagi...kebijaksanaan pula tidak lagi disanjung tinggi....

MeMo Rakyat @ Yb Jawab !!!

NOTA RENGKAS >>> MeMo Rakyat !!!

>>> Soalan terakhir untuk ahli nujum Pak Belalang Moden : Dimanakah terletaknya kekuatan bangsa Melayu...pada Melayunya kah...pada ugama islamnya kah... pada ekonominya kah atau pada kuasa politiknya kah ....Silalah jawab hai ahli nujum Pak Belalang Moden... jika salah jawab akan tergadailah bumi Malaysia nanti......???

>>> Terkenang-kenang zaman Mahathir Jadi PM, Muhyiddin Jadi MB .....hari Jumaat telah di tukar kepada Hari Ahad sebagai cuti umum negeri Johor Darul Takzim, ada yang kata Al Sultan murka, rakyat johor gelisah ....selepas lama berlalu, semuanya kembali biasa ....masihkah tuan-puan ingat...!!!

>>> SPRM cuma boleh buat soalsiasat terhadap saksi-saksi pada waktu pejabat 8:30>5:00...Polis pula boleh buat siasatan 24 jam....??? apa reaksi tuan-puan, adakah ini akan memberi kesan kepada kadar rasuah...???

>>> Dari Hotel Mewah berpindah ke SPA...kemudian ke belakang pusat cyber dan restoran ...pindah pula ke ladang kelapa sawit.... Licik betul Dalang kepada Gro China dan dari Lain-lain negara...??? Apakah langkah drastik yang lebih berkesan perlu pihak berkuasa laksanakan...???

>>> Fakta yang mengejutkan : 2 jenis Lapuran Polis yang menduduki carta teratas Lapuran Polis yang diterima di Pejabat Polis Putrajaya > 1. Lapuran Kereta di tarik 2. Lapuran Pergaduhan suami isteri .... kenapalah 2 kes ini banyak menimpa k/tangan kerajaan putrajaya..? tuan-puan rasa, apakah sebab-sebabnya...???