SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN WARGA UMNO

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan Ucapan Takziah atas kekalahan di Kuala Terengganu. Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut kerana pelbagai pihak telahpun memberi pelbagai komen dan ulasan tentang faktur-faktur kekalahan dan kemenangan dalam pilihanraya kecil itu. Saya cuma ingin memberi sedikit pesanan kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli umno :

1. Umno mestilah sanggup menggubal semula dasarnya dan menggubah modus operandinya demi untuk menarik minat bangsa melayu.
2. Kasta dan kroni yang terdapat dalam umno kini mestilah dihapuskan. Kasta dan kroni ibarat kanser yang sedang menyerang tisu-tisu umno. ”chah keting” dan ”tikam belakang” telah menjadi sebahagian dari budayakan umno.
3. Politik wang atau rasuah politik yang bermaharajalela dalam pemilihan kepimpinan bermula peringkat cawangan, bahagian dan MKT mestilah di hentikan segera. Jangan cakap tak serupa bikin.
4. Pemimpin umno dinobatkan sebagai golongan elit, hidup mewah di bunglow besar, bergaya dengan kereta mewah, bergandingan tangan dengan isteri yang kuat melaram serta makan minum di hotel lima bintang. Menjadikan jawatan dalam umno sebagai batu loncatan untuk mengumpul kekayaan dan mendapat bintang-bintang kebesaran.
5. Pemimpin-peminpin umno jangan lagi bersikap talam dua muka. Bercakap dengan bahasa dan irama yang berbeda di khalayak yang berbeza.
6. Para Pemimpin umno hendaklah meletakan kepentingan Agama, Negara dan Bangsa mengatasi kepentingan diri, keluarga maupun kroni. Janganlah hanya pandai berucap dan berpidato tetapi tidak pula pandai mengotakannya. Jangan jadi lidah bercabang, lain di depan lain pula di belakang.
7. Menabur janji-janji politik seperti menabur gula-gula kepada kanak-kanak, sudah tidak relevan lagi kepada kanak-kanak alaf baru. Menjanjikan peruntukan pembangunan dan peruntukan segera semasa pilihanraya sudah tidak lagi menarik minat penggundi. Rakyat mahu setiap pembangunan mestilah dijalankan dengan mapan dan penuh pertanggungjawaban.
8. Khazanah negara dan wang rakyat hendaklah diurus dengan cermat dan penuh amanah, projek yang bernilai sejuta ringgit, janganlah di ”mark up” hingga sepuloh juta ringgit misalnya untuk di agihkan kepada tabung pilihanraya umno atau juga untuk memenuhi kantung pihak-pihak berkepentingan dalam umno atau pelobi-pelobi projek.

Anak kecil main api, jika di biar boleh terbakar jari. Oleh itu wahai umno, segeralah berubah. Jangan tunggu hingga pilihanraya umum tiba pada 2011/12. Bila rakyat sudak muak, umno tidak lagi dipangkah. Bukan sahaja hilang tahta, malah hilang juga segala maruah.