SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN WARGA UMNO

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan Ucapan Takziah atas kekalahan di Kuala Terengganu. Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut kerana pelbagai pihak telahpun memberi pelbagai komen dan ulasan tentang faktur-faktur kekalahan dan kemenangan dalam pilihanraya kecil itu. Saya cuma ingin memberi sedikit pesanan kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli umno :

1. Umno mestilah sanggup menggubal semula dasarnya dan menggubah modus operandinya demi untuk menarik minat bangsa melayu.
2. Kasta dan kroni yang terdapat dalam umno kini mestilah dihapuskan. Kasta dan kroni ibarat kanser yang sedang menyerang tisu-tisu umno. ”chah keting” dan ”tikam belakang” telah menjadi sebahagian dari budayakan umno.
3. Politik wang atau rasuah politik yang bermaharajalela dalam pemilihan kepimpinan bermula peringkat cawangan, bahagian dan MKT mestilah di hentikan segera. Jangan cakap tak serupa bikin.
4. Pemimpin umno dinobatkan sebagai golongan elit, hidup mewah di bunglow besar, bergaya dengan kereta mewah, bergandingan tangan dengan isteri yang kuat melaram serta makan minum di hotel lima bintang. Menjadikan jawatan dalam umno sebagai batu loncatan untuk mengumpul kekayaan dan mendapat bintang-bintang kebesaran.
5. Pemimpin-peminpin umno jangan lagi bersikap talam dua muka. Bercakap dengan bahasa dan irama yang berbeda di khalayak yang berbeza.
6. Para Pemimpin umno hendaklah meletakan kepentingan Agama, Negara dan Bangsa mengatasi kepentingan diri, keluarga maupun kroni. Janganlah hanya pandai berucap dan berpidato tetapi tidak pula pandai mengotakannya. Jangan jadi lidah bercabang, lain di depan lain pula di belakang.
7. Menabur janji-janji politik seperti menabur gula-gula kepada kanak-kanak, sudah tidak relevan lagi kepada kanak-kanak alaf baru. Menjanjikan peruntukan pembangunan dan peruntukan segera semasa pilihanraya sudah tidak lagi menarik minat penggundi. Rakyat mahu setiap pembangunan mestilah dijalankan dengan mapan dan penuh pertanggungjawaban.
8. Khazanah negara dan wang rakyat hendaklah diurus dengan cermat dan penuh amanah, projek yang bernilai sejuta ringgit, janganlah di ”mark up” hingga sepuloh juta ringgit misalnya untuk di agihkan kepada tabung pilihanraya umno atau juga untuk memenuhi kantung pihak-pihak berkepentingan dalam umno atau pelobi-pelobi projek.

Anak kecil main api, jika di biar boleh terbakar jari. Oleh itu wahai umno, segeralah berubah. Jangan tunggu hingga pilihanraya umum tiba pada 2011/12. Bila rakyat sudak muak, umno tidak lagi dipangkah. Bukan sahaja hilang tahta, malah hilang juga segala maruah.

5 comments:

Junid Bin Gunsalam said...

HYE...KITA ORANG INI ORANG SABAH. SAYA TERTARIK DENGAN KOMEN SAUDARA. SAYA SAYANGKAN BN. OLEH ITU, PERKARA2 YANG SAUDARA NYATAKAN TADI MESTILAH DIAMBIL SERIUS OLEH KEPIMPINAN BN. MARI LAH KITA SAMA2 MENEGUR BN SECARA MEMBINA DEMI MASA DEPAN BANGSA, NEGARA DAN AGAMA KITA....SAUDARA DIGALAKKAN MEMBUKA BLOG SAYA AGAR KITA DAPAT SALING BERTUKAR KONEM DAN PENDAPAT TERUTAMA HAL2 POLITIK NEGARA DN ISU2 SEMASA. SEKIAN
FM HTTP://N5TANDEK.BLOGSPOT.COM

aCik Anie said...

sokong .... 101%... jgn dah terkena baru nak terngadah...

Kabasaran Soultan said...

Salut untuk himbauan anda , menyeru pada kebaikan adalah suatu kewajiban dan anda telah lakukan itu.
Esensi yang anda himbau juga berlaku di belahan dunia manapun bahwa penguasa cenderung berlupa diri dan kewajiban sesiapa yang tahulah untuk mengingatkannya.
Salam takzim saya untuk ada.

Unknown said...

Salam ziarah dan ukhuwah. Syabas dan tahniah. Saya suka frasa pembuka tuan

"Hidup berpolitik arau politikkan kehidupan??"

Baru-baru ini, saya menghadhiri Seminar memperingati 100 tahun Pahlawan Nasional Bapak Mohamad Nasir di KUIS Bangi. Temanya ialah

"Berdakwah di jalur Politik, Berpolitik di jalur dakwah"

Dalam khazanah ilmu Islam :
"Tegakkan Agama dan Berpolitik Di dunia (kehidupan) dengan Agama"

Anonymous said...

saya anak malaysia........kalau dah tau umno banyak penyakit yang boleh membawa mudarat kepada kita..jom la kita pakat sokong PAS