TAMPARAN PERTAMA BUAT NAJIB

Kekalahan BN di 2 Bukit memberikan tamparan yang cukup hebat untuk Najib. Kekalahan Umno di Bukit Gantang dapat di ibaratkan seperti tamparan di pipi kanan dan kekalahan MIC di Bukit Selambau pula seperti tamparan di pipi kiri. Tamparan ini di diterima oleh Najib pada hari ke 5 nya sebagai Perdana Menteri. Tercunggap Najib dibuatnya. Pelan peralihan kuasa telah berjalan lebih dari 5 bulan yang lalu. Bermakna selama lebih 5 bulan ini, Umno belum dapat mengembalikan kekuatannya dengan menarik minat pengundi muda. Hidangan gula-gula oleh Najib dengan Pembebasan 13 tahanan ISA dan Pembatalan pengantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan yang dibuat dalam langkah sulongnya di dapati telah gagal memikat hati para penggundi. Pengantungan permit penerbitan itu yang di umumkan oleh Syed Hamid pada 24 mac dan di tarik balik pada 4 april di lihat sebagai agenda lakukan politik Najib. Nampaknya rakyat telah mual dengan gula-gula Umno .

Muhyiddin sebagai pengarah pilihanraya kecil sepatutnya menerima malu yang besar dengan 2 kekalahan ini. Sebelum ini Muhyiddin lantang mencanangkan bahawa kegagalan BN dalam pilihanraya Umum ke 12 adalah kerana kelemahan dan kepincangan pentadbiran PakLah. Lalu di nobatkannya Najib. Umum semakin faham apa yang tersirat di sebalik desakan Muhyiddin supaya peralihan kuasa di buat dengan segera. Muhyiddin telah menghitung peningkatan kerjaya politiknya dalam sisa-sisa usianya.Paklah mesti di paksa melangkah untuk membolehkan Mahyidin maju setapak. Namun begitu, Banyak pihak percaya bahawa kerjaya politik Muhyiddin sudah hampir sampai kepenghujung. Beliau juga di jangka senasib dengan Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang gagal menjadi PM. Kemungkinan besar Muhyiddin akan dicabar dan ditewaskan oleh salah seorang dari Naib Presiden sekarang dalam pertandingan jawatan timbalan presiden yang akan datang.

Kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno dan kehadhiranya dalam kempen-kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya tidak membantu apa-apa. Banyak pehak berpendapat taringnya telahpun patah. Zamannya sudah lama berlalu. Beliau patut bersara sepenuhnya dari politik. Tidak perlu lagi berkokok lantang dalam blog maupun web atau atas mana-mana pentas ceramah politik. Najib akan menerima lebih padah jika kepimpinannya dibayangi oleh Mahathir. Jika Mahathir rasa terpanggil untuk terus menabur jasa dan baktinya di akhir sisa usianya, elok sangat jika dia dapat kembali membuka klinik dan memberi rawatan percuma kepada rakyat termiskin ataupun bertugas secara sukarela di klinik wakaf anjuran KPJ.

Tempat / Keputusan Resmi / Keputusan undian Dari Blog saya
B.Gantang / Pas 54% / 55%
B.Selambau / PKR 53% / 51%
Keputusan diatas menunjukan ada kolerasi yang signefikan diantara undian di dalam blog dengan undian sebenar.(08/04/09)

8 comments:

Unknown said...

aku rasa nik ajis nyanyuk tu lagi patut kena bersara, dok umah berzikir tobat bnk2....

LeeSlimShady said...

woii...aku rasa Si pembunuh macam najib tu la yang patut besara...

kalau dah macam gini keputusannya ah lah najib adalah pelengkap kepada hayat UMNO/BN......

Najb yang perlu bertobat...dari dosa pembunuhan

LeeSlimShady said...

dalam 2 pilihanraya di 2 bukit jelas menunjukkan referendum rakyat menolak kepimpinan BN.....

hayat UMNO/BN telah sampai ke akhirnya(Be End)

Perubahan secara total akan di lihat dam PRU-13

Unknown said...

BN kalah, Salah siapa kali ini?
Pak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.

Rasanya Najib perlu membubarkan parlimen untuk mendapat mandat rakyat yang sebenar.

Anonymous said...

masih terlalu awal nak menilai, saya yakin dan penuh percaya DSN mampu mengembalikan zaman kegemilangan UMNO/BN.SEBENARNYA BN TIDAK KALAH CUMA BN TIDAK DAPAT MERAMPAS KEMBALI BKT SELAMBAU DAN BKT GANTANG. BATANG AI PULA MAMPU DIPERTAHANKAN.TIADA MENANG TIADA KALAH MASING2 MAMPU MEMPERTAHANKAN KAW. MASING2.

wan latif said...

Ramai yang melonjak kegembiraan dengan kemenengan PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau terutamanya orang Melayu/Bumiputra. Tidak hairan kerana ramai Melayu/Bumiputra tidak boleh melihat kesan jangka panjang. Yang penting SORAK, biarkan kampung tergadai.

Orang seperti Mazhar dan LeeSlimShady (LeeSlimShady saya kurang pasti;samaada anda tergolongan dalam golongan Bumiputra atau tidak. Saya pasti saudara bukan ornag Melayu) tentu sangat gembira kerana kekalah tersebut.

Orang spt Mazhar rasa cukup bijak dengan menolak Najib. Bagi saya kebijaksanaan beliau bukan kerana akal budinya sendiri tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana terpengaruh dengan aliran mass media alternatif - lantas mempercayai 100% dan terus menyalahkan Najib.

Tidak salah jika saya katakan Mazhar, anda adalah salah seorang perosak bangsa Melayu dan seorang yang tidak pernah sayangkan bangsanya sendiri.

Reaksi orang spt LeeSlimShady tidak menghairankan. Jika beliau Bumiputrapun, tentu darahnya bukan 100% Melayu. Mungkin darah Cina dsbnya lebih mengusainya. Lantas, melihat Melayu tinggal di belakang tentu menjadi kegembiraannya.

Ingatlah semua orang yang mempunyai darah melayu - 100% atau setitik pun, kita perlu terus mempertahankan bangsa kita. Kita tidak rasis apabila kita memperjuangkan bangsa kita bahkan kita wajib menjayakannya.

Orang spt Mazhar & LeeSlimShady tentu tidak pernah merasa bagaimana rasisnya kaum lain kepada kaum Melayu. Atau sengaja menutup mata bila melihat ianya berlaku. Lihat sahaja apabila syarikat Cina mencari pekerja/ pemohon berkebolehan dalam bahasa Mandrain contohnya.

Saudara juga tentu belum pernah di diskriminasi dalam syarikat yang di kuasai oleh orang Cina/India. Nak berniaga dengan orang Cina, jauh panggang dari api...

Kononnya, saudara rasa memperjuangkan masyarakat Sivil tetapi hakikatnya saudara adalah perosak bangsa

Akhirnya, renungkahlah sekali lagi, janganlah di harap PR boleh membantu orang Melayu maju dalam ekonomi dan jauh sekali mempertahankan ISLAM.

Ex-UMNO said...

manusia seperti 'wan alif' inilah yang akan meruntuhkan UMNO jika terus bersifat perkauman.

Hari ini politik Malaysia MENOLAK PERKAUMAN. Mana2 parti politik yang menunjulkan sifat2 perkauman akan ditolak oleh rakyat yang berfikiran waras.

UMNO sudah sampai kepenghujung jalan, - perkauman, rasuah dan pergolakan dalam parti sudah tidak dapat dubendung lagi dalam UMNO.

wan latif said...

Ex-UMNO,

saya kurang yakin anda adalah bekas ahli UMNO biarpun nama anda bergitu.

Saudara memang sudah termakan dengan idea orang bukan melayu atau orang yang tidak memikirkan nasib untung Melayu.

Saudara juga percaya, jika kita bercakap pasal survival bangsa, kita adalah rasis. Inilah yang dari dulu telah ditanam oleh mereka yang bencikan Melayu terutamanya DAP dan sekarang telah mendapat sokongan kuat dari PKR, PAS dan orang seperti saudara.

Siapakah orang Melayu yang benci apabila kita bercakap tentang kepentingan Melayu & kepentingan kita? Saudara? Saya tidak rasa bergitu.

Ramai orang bencikan UMNO bukan kerana mereka bercakap pasal Melayu tetapi kerana mereka bencikan amalan pendokong-pendokong UMNO - Korup!!!!

Jika mereka dapat membersihkan diri, tentu UMNO akan dapat sokongan dari orang Melayu semula, mungkin bukan dari orang seperti saudara, Mazhar atau LeeSlimShady