DUN PENANTI - NAJIB BERMAIN TEKA -TEKI ?

Biro politik Umno yang bermesyuarat pada petang isnin 4 april belum mengambil ketetapan samada ingin bertanding atau tidak di DUN Penanti. Mereka menundakan keputusan itu kepada pertengahan april nanti. Apa sebenarnya stategi Najib dalam hal ini? Adakah Najib ingin menunggu respon dari pelbagai peringkat atau sengaja bermain tekateki dalam proses mengubah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Najib dan Umno sedar bahawa mereka tidak mungkin memenangi kerusi DUN Penanti itu. Mereka sedang memerhati secara dekat pergolokan kepimpinan PAS kawasan Penanti yang ingin calun dari PAS di ketengahkan. Adakah setelah perpecahan agak parah di kalangan PKR dan PAS di Penanti, barulah Umno berani mengadu nasib?

NAJIB PENGECUT???
Pilihanraya kecil DUN Penanti adalah pilihanraya kecil ke 6 selepas PU ke 12 yang lalu. Najib membayangkan bahawa BN berkemungkinan tidak bertanding dalam pilihanraya itu nanti. Seolah Umno ingin memboikot atau memprotes. Ungkapan Najib itu telah di sambut dan disemarakkan pula oleh beberapa orang pemimpin Umno yang lain. Tidak kurang juga suara-suara yang kurang bersetuju. Mereka yang cepat melatah ini telah mengiyakan sambil mengampu bos baru mereka . Mungkin Najib cuba melihat respon atau test market ?

Dua alasan besar yang Najib kemukakan bagi merasionalkan saranan beliau. Pertama kekerapan pilihanraya kecil menjadikan suasana berpolitik bergolak sepanjang masa , dimana fikiran dan emosi rakyat banyak terfokus kepada soal politik sedangkan dalam masa yang sama rakyat dan Negara serta dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang tenat.Masyarakat terlebih berpolitik. Keduanya, pilihanraya kecil banyak menghabiskan banyak wang rakyat/pembayar cukai. Bayangkanlah RM 33.4 juta telah di belanjakan untuk 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Pecahan perbelanjaan itu adalah RM 2.4 juta oleh SPR dan RM 31 juta oleh PDRM. Bagaimana pula dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh parti-parti dan calun-calun yang bertanding. Hujah Najib semacam ada rasionalnya meskipun hujah itu lebih bersifat hujah politik. Rupa-rupa nya RM 31 juta di perlukan untuk belanja mengawal emosi dan tindakan liar penyokong-penyokong parti yang bertanding di 5 pilihanraya kecil. Satu perbelanjaan yang cukup-cukup besar.

Namun begitu dari analisa ekonomi pula, wang 33.4 juta itu tidak musnah seperti di jilat api dek kebakaran atau di buang kelaut menjadi tukun tiruan. Wang tersebut cuma telah bertukar dari tangan ketangan, dari kocek ke kocek. Banyak pehak telahpun mendapat manfaat dari wang 33.4 juta yang diagih dan teragih itu. Ini seperti memberi pakej rangsangan ekonomi juga, bila mana semakin banyak wang beredar di dalam pasaran, semakin banyak pula aktiviti ekonomi terjana.

Namun di satu pehak yang lain, melihat Najib telah kecut perut dan mula jadi penangkut setelah Umno dan BN kalah di empat tempat. Kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah memberi tamparan yang hebat terhadap Najib. Najib dan Umno sudah tidak mampu untuk menerima kekalahan lagi dalam masa terdekat ini. Najib tidak mahu imej baru kepimpinannya yang sedang di bina dan di nobatkan di calar dan di malukan berterusan. Belumpun sempat Najib berdiri tegap, bertalu-talu tumbukan singgah di muka dan di perutnya. Lantasan itu, di Dun Penanti Najib mulai takut nak masuk ke gelanggan. Adakah benar Najib pengecut atau sekadar undur setapak untuk mencari nafas supaya dapat maju dua tapak bagi melepaskan tumbukan maut?

Najib sebenanya sedang melakukan apa yang dinamakan sebagai ‘revolusi persepsi’. Najib sedang bekerja keras untuk mengubah persepsi ataupun tanggapan rakyat terhadap dirinya, isterinya, kawan-kawanya, dan jamaah kabinetnya serta terhadap partinya Umno . Najib sedang membina imej baru, personaliti baru dan segala macam yang baru-baru. Najib sedang melaungkan slogan dan agenda 1 Malaysia. Adakah Najib akan berjaya mengubah hati dan perasaan rakyat? Adakah sambutan lebih 40 ribu di Kuantan dan lebih 20 ribu di Pekan mengambarkan kejayaan awal Najib?