DUN PENANTI - NAJIB BERMAIN TEKA -TEKI ?

Biro politik Umno yang bermesyuarat pada petang isnin 4 april belum mengambil ketetapan samada ingin bertanding atau tidak di DUN Penanti. Mereka menundakan keputusan itu kepada pertengahan april nanti. Apa sebenarnya stategi Najib dalam hal ini? Adakah Najib ingin menunggu respon dari pelbagai peringkat atau sengaja bermain tekateki dalam proses mengubah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Najib dan Umno sedar bahawa mereka tidak mungkin memenangi kerusi DUN Penanti itu. Mereka sedang memerhati secara dekat pergolokan kepimpinan PAS kawasan Penanti yang ingin calun dari PAS di ketengahkan. Adakah setelah perpecahan agak parah di kalangan PKR dan PAS di Penanti, barulah Umno berani mengadu nasib?

NAJIB PENGECUT???
Pilihanraya kecil DUN Penanti adalah pilihanraya kecil ke 6 selepas PU ke 12 yang lalu. Najib membayangkan bahawa BN berkemungkinan tidak bertanding dalam pilihanraya itu nanti. Seolah Umno ingin memboikot atau memprotes. Ungkapan Najib itu telah di sambut dan disemarakkan pula oleh beberapa orang pemimpin Umno yang lain. Tidak kurang juga suara-suara yang kurang bersetuju. Mereka yang cepat melatah ini telah mengiyakan sambil mengampu bos baru mereka . Mungkin Najib cuba melihat respon atau test market ?

Dua alasan besar yang Najib kemukakan bagi merasionalkan saranan beliau. Pertama kekerapan pilihanraya kecil menjadikan suasana berpolitik bergolak sepanjang masa , dimana fikiran dan emosi rakyat banyak terfokus kepada soal politik sedangkan dalam masa yang sama rakyat dan Negara serta dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang tenat.Masyarakat terlebih berpolitik. Keduanya, pilihanraya kecil banyak menghabiskan banyak wang rakyat/pembayar cukai. Bayangkanlah RM 33.4 juta telah di belanjakan untuk 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Pecahan perbelanjaan itu adalah RM 2.4 juta oleh SPR dan RM 31 juta oleh PDRM. Bagaimana pula dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh parti-parti dan calun-calun yang bertanding. Hujah Najib semacam ada rasionalnya meskipun hujah itu lebih bersifat hujah politik. Rupa-rupa nya RM 31 juta di perlukan untuk belanja mengawal emosi dan tindakan liar penyokong-penyokong parti yang bertanding di 5 pilihanraya kecil. Satu perbelanjaan yang cukup-cukup besar.

Namun begitu dari analisa ekonomi pula, wang 33.4 juta itu tidak musnah seperti di jilat api dek kebakaran atau di buang kelaut menjadi tukun tiruan. Wang tersebut cuma telah bertukar dari tangan ketangan, dari kocek ke kocek. Banyak pehak telahpun mendapat manfaat dari wang 33.4 juta yang diagih dan teragih itu. Ini seperti memberi pakej rangsangan ekonomi juga, bila mana semakin banyak wang beredar di dalam pasaran, semakin banyak pula aktiviti ekonomi terjana.

Namun di satu pehak yang lain, melihat Najib telah kecut perut dan mula jadi penangkut setelah Umno dan BN kalah di empat tempat. Kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah memberi tamparan yang hebat terhadap Najib. Najib dan Umno sudah tidak mampu untuk menerima kekalahan lagi dalam masa terdekat ini. Najib tidak mahu imej baru kepimpinannya yang sedang di bina dan di nobatkan di calar dan di malukan berterusan. Belumpun sempat Najib berdiri tegap, bertalu-talu tumbukan singgah di muka dan di perutnya. Lantasan itu, di Dun Penanti Najib mulai takut nak masuk ke gelanggan. Adakah benar Najib pengecut atau sekadar undur setapak untuk mencari nafas supaya dapat maju dua tapak bagi melepaskan tumbukan maut?

Najib sebenanya sedang melakukan apa yang dinamakan sebagai ‘revolusi persepsi’. Najib sedang bekerja keras untuk mengubah persepsi ataupun tanggapan rakyat terhadap dirinya, isterinya, kawan-kawanya, dan jamaah kabinetnya serta terhadap partinya Umno . Najib sedang membina imej baru, personaliti baru dan segala macam yang baru-baru. Najib sedang melaungkan slogan dan agenda 1 Malaysia. Adakah Najib akan berjaya mengubah hati dan perasaan rakyat? Adakah sambutan lebih 40 ribu di Kuantan dan lebih 20 ribu di Pekan mengambarkan kejayaan awal Najib?

8 comments:

Unknown said...

Pilihanraya buang duit? Dia dah merajuk la tu. Mari kita ramai-ramai gi jumpa dia, kita pujuk dia baik-baik.

Kita kata kat dia, kali ni kat Penanti kita tak main kasar.

Kita kata kat dia, dia boleh guna Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 untuk jadi alat kempen parti dia seperti biasa.

Kita kat dia juga kalau dia nak gantung Harakah dan Suara Keadilan untuk selama 6 bulan dari sekarang pun boleh. Asalkan dia benarkan BN masuk bertanding.

Buruk sangat rupa kalau orang tua merajuk.

Ex-UMNO said...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

mabib said...

Saya rasa saudara Alias dan ex-umno tidak boleh berfikir dgn waras. PKR telah meletakkan calon yg tidak berkualiti dan parti ini memang haprak maka dgn itu DUN Penanti terpaksa adakan PRK, ini kerana rakyat telah tersalah pilih dan telah mencari "nilai" yg salah.
Abdullah telah meninggalkan bangkai yg banyak dan untuk menghilangkan bau busuk tentulah memakan masa bagi Najib untuk membersihkannya.

LeeSlimShady said...

Saudara Mohamad Aziz ...

soal berfikir secara matang dalam situasi politik.......

Fairus bukan calon haprak tapi kerana berdepan dengan tuduhan dan tohmahan dia rela undur dari jawatannya......

tindakkan Fairus lebih mulia dari sesetengah Pemimpin BN yang bergelumang dengan aktiviti yang tak bermoral tapi masih tak malu lagi pegang kuasa........

Najib nai dengan penuh skandal dan kebusukkan tidakkah saudara tahu tentang itu?

wan latif said...

"Najib nai dengan penuh skandal dan kebusukkan tidakkah saudara tahu tentang itu?"

Bergitu teruk dan buruk sekali si Najib ni pada pandangan saudara LeeSlimShaddy.

Pada pandangan saya saudara LeeSlimShaddy ini jauh lebih BURUK dan TERKUTUK berbanding Najib.

Mengatakan sesuatu tanpa bukti adalah fitnah. TERBUKTI LeeSlimShaddy adalah salah seorang PENYEBAR FITNAH di alam siber ini.

Orang seperti inilah yang akan merosakan Bangsa, Agama dan Negara

zedmagel said...

Saudara Din,

Tekaan saudara mungkin betul DSN sebenarnya sedang bekerja keras istilah tersebut ialah pembalikan saikologi. Jika benar itu tindakan yang agak wajar dari beliau.

Seladang said...

Najib ni penegang orangnya - siapa kata dia pengecut - Tunggulah di Penanti - siapa kecut siapa tegang? Cuma nak tunggu teks sumpah belum siap lagi?

Gedung Akal said...

Tuan,
Kita bertanding atau tidak-semuanya dalam dilema. Apa pun tidak menunjukkan kebijaksanaan dan kewarasan kita.
Perlulah kita orang2 UMNO/BN sedar bahawa kita salah strategi dari awal lagi.
Kalaulah SPRM dan media prime kita tak beriya-iya kacau Fairus & cuba2nak perkena PKR, tentulah Fairus tak letak jawatan.Bila dia letak jawatan ertinya dia konfiden akan menang semula.
Yang tak cantiknya salah satu parti komponen kita iaitu SPR minta tarik balik pulak.
Ikut skrip mana pula ni?
Bila SPRM umumkan tiada kes rasuah terhadap Fairus kita masih tak sedar dah masih katakan itu hanya mainan politik semata-mata. Orang tanya balik sapa yang main politik ni?
Letak Fairus sekali lagi pun sah dia akan menang balik -lebih2 lagi BN tak bertanding.
Nampaknya jerat kita tak mengena kali ini. Silap pasang jerat le amaknya!