DUN PENANTI - NAJIB BERMAIN TEKA -TEKI ?

Biro politik Umno yang bermesyuarat pada petang isnin 4 april belum mengambil ketetapan samada ingin bertanding atau tidak di DUN Penanti. Mereka menundakan keputusan itu kepada pertengahan april nanti. Apa sebenarnya stategi Najib dalam hal ini? Adakah Najib ingin menunggu respon dari pelbagai peringkat atau sengaja bermain tekateki dalam proses mengubah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Najib dan Umno sedar bahawa mereka tidak mungkin memenangi kerusi DUN Penanti itu. Mereka sedang memerhati secara dekat pergolokan kepimpinan PAS kawasan Penanti yang ingin calun dari PAS di ketengahkan. Adakah setelah perpecahan agak parah di kalangan PKR dan PAS di Penanti, barulah Umno berani mengadu nasib?

NAJIB PENGECUT???
Pilihanraya kecil DUN Penanti adalah pilihanraya kecil ke 6 selepas PU ke 12 yang lalu. Najib membayangkan bahawa BN berkemungkinan tidak bertanding dalam pilihanraya itu nanti. Seolah Umno ingin memboikot atau memprotes. Ungkapan Najib itu telah di sambut dan disemarakkan pula oleh beberapa orang pemimpin Umno yang lain. Tidak kurang juga suara-suara yang kurang bersetuju. Mereka yang cepat melatah ini telah mengiyakan sambil mengampu bos baru mereka . Mungkin Najib cuba melihat respon atau test market ?

Dua alasan besar yang Najib kemukakan bagi merasionalkan saranan beliau. Pertama kekerapan pilihanraya kecil menjadikan suasana berpolitik bergolak sepanjang masa , dimana fikiran dan emosi rakyat banyak terfokus kepada soal politik sedangkan dalam masa yang sama rakyat dan Negara serta dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang tenat.Masyarakat terlebih berpolitik. Keduanya, pilihanraya kecil banyak menghabiskan banyak wang rakyat/pembayar cukai. Bayangkanlah RM 33.4 juta telah di belanjakan untuk 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Pecahan perbelanjaan itu adalah RM 2.4 juta oleh SPR dan RM 31 juta oleh PDRM. Bagaimana pula dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh parti-parti dan calun-calun yang bertanding. Hujah Najib semacam ada rasionalnya meskipun hujah itu lebih bersifat hujah politik. Rupa-rupa nya RM 31 juta di perlukan untuk belanja mengawal emosi dan tindakan liar penyokong-penyokong parti yang bertanding di 5 pilihanraya kecil. Satu perbelanjaan yang cukup-cukup besar.

Namun begitu dari analisa ekonomi pula, wang 33.4 juta itu tidak musnah seperti di jilat api dek kebakaran atau di buang kelaut menjadi tukun tiruan. Wang tersebut cuma telah bertukar dari tangan ketangan, dari kocek ke kocek. Banyak pehak telahpun mendapat manfaat dari wang 33.4 juta yang diagih dan teragih itu. Ini seperti memberi pakej rangsangan ekonomi juga, bila mana semakin banyak wang beredar di dalam pasaran, semakin banyak pula aktiviti ekonomi terjana.

Namun di satu pehak yang lain, melihat Najib telah kecut perut dan mula jadi penangkut setelah Umno dan BN kalah di empat tempat. Kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah memberi tamparan yang hebat terhadap Najib. Najib dan Umno sudah tidak mampu untuk menerima kekalahan lagi dalam masa terdekat ini. Najib tidak mahu imej baru kepimpinannya yang sedang di bina dan di nobatkan di calar dan di malukan berterusan. Belumpun sempat Najib berdiri tegap, bertalu-talu tumbukan singgah di muka dan di perutnya. Lantasan itu, di Dun Penanti Najib mulai takut nak masuk ke gelanggan. Adakah benar Najib pengecut atau sekadar undur setapak untuk mencari nafas supaya dapat maju dua tapak bagi melepaskan tumbukan maut?

Najib sebenanya sedang melakukan apa yang dinamakan sebagai ‘revolusi persepsi’. Najib sedang bekerja keras untuk mengubah persepsi ataupun tanggapan rakyat terhadap dirinya, isterinya, kawan-kawanya, dan jamaah kabinetnya serta terhadap partinya Umno . Najib sedang membina imej baru, personaliti baru dan segala macam yang baru-baru. Najib sedang melaungkan slogan dan agenda 1 Malaysia. Adakah Najib akan berjaya mengubah hati dan perasaan rakyat? Adakah sambutan lebih 40 ribu di Kuantan dan lebih 20 ribu di Pekan mengambarkan kejayaan awal Najib?

SELEPAS TEORI R.A.H.M.A.N

Ramai pehak bersetuju bahawa Najib telah melengkapkan teori RAHMAN. Walaupun belum 40hari Najib di takhta, sudah ada pihak yang mula berbicara pasal siapa selepas Najib. Ramai pengiat politik dalam Pakatan Rakyat terutamanya meramalkan Umno dan BN akan kecundang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika benarlah BN tumbang dan PR memerentah, siapakan PM nya. Adakah Anwar, Hadi ataupun Lim kit siang??? Jika Umno dan BN masih berkuasa, tentunya Najib masih di nobat sebagai Perdana Menteri.

Selepas teori RAHMAN, teori apa pula? Teori ANWAR? Teori HADI? Teori LKS? Kita tunggu Kabinet Bayangan PR - yang dibentuk oleh Ketua Pembangkang, DSAI ? Mungkin banyak pehak sedang membuat kajian dan telahan terhadap kemunculan sebuah teori baru bagi mengantikan RAHMAN.
Apapun yang akan berlaku dan terjadi pastinya sejajar dengan Sunnahtullah.
Maka marilah kita mengkaji Sunnahtullah untuk mencari jawabannya.

KABINET HARAPAN NAJIB

KHAMIS 9 pril jam 3 ptg , Najib telah mengumumkan kabinet harapanya. Najib membuat ucapan padat selama 15 minit bagi menjelaskan kewajaran barisan kabinetnya. Harapan Najib adalah semuga semua rakyat menerima dengan hati terbuka dan memberi peluang kepada barisan kabinetnya bagi membuktikan komitmen mereka untuk merealisasikan harapan rakyat.

Saya melihat Najib cukup berani bila tidak membariskan K.Pemuda dalam kabinetnya. Sejak zaman Mahathir lagi tidak pernah K.Pemuda tidak di beri jawatan dalam kabinet. Mungkin ini menimbulkan pelbagai reaksi, namun saya melihat ada kewajaranya. Pada saya ini dapat membendung sikap di kalangan pemuda dan puteri yang gelojoh mengejar jawatan menteri ataupun timbalan dengan mencalunkan diri merebut jawatan ketua kedua-dua sayap itu. Pertanding K.Puteri tempohari memperlihatkan gejala mengejar jawatan telah menular. Masing- masing merasakan jawatan K.Puteri adalah tiket untuk menjawat jawatan menteri ataupun timbalan. Ini di kuatkan hujjah bahawa K.Puteri pertama telah di lantik Menteri dan K.Puteri kedua pula dilantik kejawatan timbalan menteri. Jika sejak muda lagi telah di sogok dengan ganjaran, ini boleh merosakan perjuangan.

Perlantikan Mukhris mengundang pelbagai reaksi. Jika beliau menang jawatan K.Pemuda tentu ada kewajarnnya. Mengapa beliau di lantik? Adakah ini cara Najib membalas jasa Mahathir ? Adakah Mahathir masih membayangi Najib ? Adakah hati kecil Najib memang mengharapkan Mukhris menang dalam pertandingan Jawatan Ketua Pemuda tempoh hari? Adakah Najib merancang supaya selepas legasi Tun Razak, di ikuti Legasi Tun Hussin Onn kemudian di ikuti Legasi Mahathir ?

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah perlantikan Jamil Khir sebagai menteri yang menjaga halehwal agama islam. Beliau bukan orang politik dan bekas pengarat kagat dari mindef. Adakah tidak ada lagi tokoh politik dalam Umno yang bijak mengurus halehwal agama ? Adakah tokoh politik dan tokoh agama perlu diasingkan ? Adakah politik dan agama terasing ? Dari segi ketokohan dan rekod perkhidmatan, Jamil Khir dan Masitah di lihat layak berada di situ. Semuga selepas ini hal-hal kecelaruan tentang agama dapat segera di tangani dengan tuntas dan saksama. Islam mesti segera di kembalikan kemuliaan!!!

Sesiapa pun yang di pilih Najib, pasti di perincikan oleh rakyat yang perihatin. Pastinya Najib tidak dapat memenuhi citarasa semua pihak. Pastinya polimek dan persepsi kedengaran di sana sini sebagaimana kisah Lukmanulhakim dengan anaknya.

Bagi lah peluang kepada mereka untuk membuat perubahan, jika tidak kita akan bertindak mengubah mereka !.

TAMPARAN PERTAMA BUAT NAJIB

Kekalahan BN di 2 Bukit memberikan tamparan yang cukup hebat untuk Najib. Kekalahan Umno di Bukit Gantang dapat di ibaratkan seperti tamparan di pipi kanan dan kekalahan MIC di Bukit Selambau pula seperti tamparan di pipi kiri. Tamparan ini di diterima oleh Najib pada hari ke 5 nya sebagai Perdana Menteri. Tercunggap Najib dibuatnya. Pelan peralihan kuasa telah berjalan lebih dari 5 bulan yang lalu. Bermakna selama lebih 5 bulan ini, Umno belum dapat mengembalikan kekuatannya dengan menarik minat pengundi muda. Hidangan gula-gula oleh Najib dengan Pembebasan 13 tahanan ISA dan Pembatalan pengantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan yang dibuat dalam langkah sulongnya di dapati telah gagal memikat hati para penggundi. Pengantungan permit penerbitan itu yang di umumkan oleh Syed Hamid pada 24 mac dan di tarik balik pada 4 april di lihat sebagai agenda lakukan politik Najib. Nampaknya rakyat telah mual dengan gula-gula Umno .

Muhyiddin sebagai pengarah pilihanraya kecil sepatutnya menerima malu yang besar dengan 2 kekalahan ini. Sebelum ini Muhyiddin lantang mencanangkan bahawa kegagalan BN dalam pilihanraya Umum ke 12 adalah kerana kelemahan dan kepincangan pentadbiran PakLah. Lalu di nobatkannya Najib. Umum semakin faham apa yang tersirat di sebalik desakan Muhyiddin supaya peralihan kuasa di buat dengan segera. Muhyiddin telah menghitung peningkatan kerjaya politiknya dalam sisa-sisa usianya.Paklah mesti di paksa melangkah untuk membolehkan Mahyidin maju setapak. Namun begitu, Banyak pihak percaya bahawa kerjaya politik Muhyiddin sudah hampir sampai kepenghujung. Beliau juga di jangka senasib dengan Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang gagal menjadi PM. Kemungkinan besar Muhyiddin akan dicabar dan ditewaskan oleh salah seorang dari Naib Presiden sekarang dalam pertandingan jawatan timbalan presiden yang akan datang.

Kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno dan kehadhiranya dalam kempen-kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya tidak membantu apa-apa. Banyak pehak berpendapat taringnya telahpun patah. Zamannya sudah lama berlalu. Beliau patut bersara sepenuhnya dari politik. Tidak perlu lagi berkokok lantang dalam blog maupun web atau atas mana-mana pentas ceramah politik. Najib akan menerima lebih padah jika kepimpinannya dibayangi oleh Mahathir. Jika Mahathir rasa terpanggil untuk terus menabur jasa dan baktinya di akhir sisa usianya, elok sangat jika dia dapat kembali membuka klinik dan memberi rawatan percuma kepada rakyat termiskin ataupun bertugas secara sukarela di klinik wakaf anjuran KPJ.

Tempat / Keputusan Resmi / Keputusan undian Dari Blog saya
B.Gantang / Pas 54% / 55%
B.Selambau / PKR 53% / 51%
Keputusan diatas menunjukan ada kolerasi yang signefikan diantara undian di dalam blog dengan undian sebenar.(08/04/09)