KABINET HARAPAN NAJIB

KHAMIS 9 pril jam 3 ptg , Najib telah mengumumkan kabinet harapanya. Najib membuat ucapan padat selama 15 minit bagi menjelaskan kewajaran barisan kabinetnya. Harapan Najib adalah semuga semua rakyat menerima dengan hati terbuka dan memberi peluang kepada barisan kabinetnya bagi membuktikan komitmen mereka untuk merealisasikan harapan rakyat.

Saya melihat Najib cukup berani bila tidak membariskan K.Pemuda dalam kabinetnya. Sejak zaman Mahathir lagi tidak pernah K.Pemuda tidak di beri jawatan dalam kabinet. Mungkin ini menimbulkan pelbagai reaksi, namun saya melihat ada kewajaranya. Pada saya ini dapat membendung sikap di kalangan pemuda dan puteri yang gelojoh mengejar jawatan menteri ataupun timbalan dengan mencalunkan diri merebut jawatan ketua kedua-dua sayap itu. Pertanding K.Puteri tempohari memperlihatkan gejala mengejar jawatan telah menular. Masing- masing merasakan jawatan K.Puteri adalah tiket untuk menjawat jawatan menteri ataupun timbalan. Ini di kuatkan hujjah bahawa K.Puteri pertama telah di lantik Menteri dan K.Puteri kedua pula dilantik kejawatan timbalan menteri. Jika sejak muda lagi telah di sogok dengan ganjaran, ini boleh merosakan perjuangan.

Perlantikan Mukhris mengundang pelbagai reaksi. Jika beliau menang jawatan K.Pemuda tentu ada kewajarnnya. Mengapa beliau di lantik? Adakah ini cara Najib membalas jasa Mahathir ? Adakah Mahathir masih membayangi Najib ? Adakah hati kecil Najib memang mengharapkan Mukhris menang dalam pertandingan Jawatan Ketua Pemuda tempoh hari? Adakah Najib merancang supaya selepas legasi Tun Razak, di ikuti Legasi Tun Hussin Onn kemudian di ikuti Legasi Mahathir ?

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah perlantikan Jamil Khir sebagai menteri yang menjaga halehwal agama islam. Beliau bukan orang politik dan bekas pengarat kagat dari mindef. Adakah tidak ada lagi tokoh politik dalam Umno yang bijak mengurus halehwal agama ? Adakah tokoh politik dan tokoh agama perlu diasingkan ? Adakah politik dan agama terasing ? Dari segi ketokohan dan rekod perkhidmatan, Jamil Khir dan Masitah di lihat layak berada di situ. Semuga selepas ini hal-hal kecelaruan tentang agama dapat segera di tangani dengan tuntas dan saksama. Islam mesti segera di kembalikan kemuliaan!!!

Sesiapa pun yang di pilih Najib, pasti di perincikan oleh rakyat yang perihatin. Pastinya Najib tidak dapat memenuhi citarasa semua pihak. Pastinya polimek dan persepsi kedengaran di sana sini sebagaimana kisah Lukmanulhakim dengan anaknya.

Bagi lah peluang kepada mereka untuk membuat perubahan, jika tidak kita akan bertindak mengubah mereka !.

8 comments:

Shitsurei Shimashita said...

cian presiden MCA malam tadi, cakap pun sangkut2.

Anonymous said...

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

wan latif said...

Ya itu lah yang kita harapkan. PERUBAHAN.

Semua parti besar di Malaysia telah berubah. Drastik dalam banyak keadaaan.

Lihatlah contoh berikut;
PAS - Kalau dulu bergitu jumud dengan PERJUANGAN Islam ala Irannya. Bergitu keras, kaku dan dunggu berpolitik dalam dunia masyarakat majmuk Malaysia.

Bagi PAS hanya orang Islam dalam PAS sahaja yang masuk syurga. Orang UMNO jauh sekali dan dah pasti DAP ahli nerhaka.

Sekarang semuanya sudah berubah. Mereka berbangga apabila ahli DAP mengajar orang lain tentang Quran dan hadith - Ahli surga baru agaknya. Sebab itulah mereka percaya DAP boleh membela ISLAM bersama mereka. Karpal & Lim Kit Siang akan setia berjuang bersama mereka...Tidak berpijak di bumi nyata.

PKR - Parti yang di ketuai oleh orang Melayu, tetapi menjaga orang India lebih dari MIC. Berubah dan bertindak lebih India daripada orang Indaia demi mendapatkan kuasa.

DAP - Malaysia Malaysian yang bergema sejak puluhan tahun lalu senyap. Jika anda fikir ianya akan senyap selama-lamanya, tentunya anda bebal, bengap dan tak cukup akal.

Tentu anda fikir saya rasis. Saya tidak hairan kerana sekarang ramai orang percaya apabila kita bercakap untuk kepenting bangsa Melayu, orang akan menuduh kita rasis.

Harapan saya UMNO akan kembali pulih demi Bangsa, Agama dan Negara.

Anonymous said...

PERLANTIKAN KABINET BUKAN SATU CERITABESAR TETAPI PERGANTUNGAN KAMBING HITAM PERLU DIJAWAB. ANTARA PERSOALANNYA ADALAH:


.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _

LeeSlimShady said...

kepada Saudara Wan latif....
tolong lihat pada kebenaran...

masalahnya siapa yang jual hak melayu kepada Autokrat Cina(Genting dan Bukit Tinggi)

siapa Yang Bunuh Bahasa Ibunda(PPSMI)

Jangan jadi seorang rakyat yang terlalu dungu dan jumud,

tak hairan ke? kenapa orang kampung dan orang hulu saja mampu beri kemenangan pada BN?

Kerana mereka kurang pendidikan dan tak nampak kebenaran

yixin said...

hmm...
i have some opinion of my own...
let me ask you,
if anwar really become our so-called "PM", did he can really change malaysia like he told us..
The answer is NO!!!
because he hv only 1 goal that is to be PM..
i've no confident on that fella, due to what he did before.
I ask you again, when he become the finance minister before, did he really improve our economy?
No!!!
Tun M. did it...
one more thing i want to add,
if PAS said they defend the Islam, while UMNO defend the Malay,
i ask you once more,
the majority that take Islam is Malay,so by defending Malay, it also mean that UMNO defending the Islam. It all because, chinese and indian doesn't like to be Islamisation by Pak Lah policy,
that is the reason why they left BN, and give support to the opposition.
That is my opinion...

wan latif said...

LeeSlimShady,

Sdr nampaknya beremosi!

Saya tidak mahu mengulas panjang kali ini cuma menyatakan beberapa perkara sahaja.

Ramai golongan seangkatan dgn LeeSlimShady ini merasakan mereka cukup bermaklumat & hebat lantas mengatakan orang kampung diperbodohkan oleh BN.

Tetapi jika dikaji secara dalam, mereka ini sebenarnya separuh matang atau "half cooked" Mereka ini hidup dan berfikir di bawah pengaruh maklumat palsu di web/blog/forum dlll. Mereka gagal melihat akibat jangka panjang.

Saya simpan dahulu komen saya pasal Genting tapi saya nak menjawab tentang PPSMI.

PPSMI sangat penting untuk membantu anak bangsa menguasi Bahsa Inggeris. Tahukan saudara, ramai anak melayu yang tidak dapat menyertai dunia koporat kerana lemah Bahasa Inggeris?

Dlm pengamatan saya, kebanyakan orang yang menentang PPSMI ialah mereka yang gagal/tidak dapat menguasai BI.

Saya tidak ragu mengatakan saudara juga gagal menguasi BI lantas sengaja menjadikan alasan untuk memperjuangkan BM. Saudara juga mahukan ramai lagi anak bangsa Melayu seperti saudara.

mabib said...

Kita boleh beri apa sahaja komen tntg kabinet Najib.Tentulah jika ditanya 26 juta rakyat akan ada 26 juta pendapat, tapi yg memikulnya ialah Najib. Mukhriz telah nyatakan jika ia menang KP beliau tidak akan terima jawatan kabinet, bagaimana pun beliau telah gagal dlm pertandingan KP dan mungkin Najib rasa ada sumbangan yg boleh diberi oleh Mukhriz dan platfomnya juga mesti ada.
Mungkin kerana Dr M seorang yg terlalu hebat sehingga kita masih terbawa2 dlm pemikiran yang Najib dipengaruhi dgn perlantikan Mukhriz.
PPSMI bukan membunuh bahasa ibunda. Belajar Math dan Sc sahaja dlm BI, itu memberi kelebihan kpd melayu dan sampai bila kita harus berpolimik tntg PPSMI ? Janganlah kita memiliki minda yg gagal, berubahlah kerana melayu telah terlalu lama memiliki minda ini. Ubahlah paradigma jika mahu berjaya.
Melayu tidak boleh lagi mengejar yg mudah2 sahaja kerana yg mudah2 itu tak bawa kita ke mana.