Apa Yang Boleh Saya Pelajari Dari Peristiwa Di Palestin ?

1. Umat Yahudi berpegang teguh kepada Doktrinnya manakala sebahagian besar Umat Islam pula acuh tak acuh dengan Doktrin Islam. Zionis mempunyai perancangan rapi dan teliti serta pelan jangka panjang untuk memperluaskan tanah jajahannya di Gaza dan Tebing Barat. Adakah Umat Islam juga mempunyai pelan jangka pendek dan panjang bagaimana hendak menghalau zionis dari bumi Palestin?

2. Umat Yahudi amat bersatu padu sesama mereka manakala umat arab Islam pula asyik bergaduh sesama sendiri. Orang arab sejak zaman jahilliyah hinggalah kezaman moden kini masih tebal dengan sikap berpuak-puak mereka. OIC pula lebih dikenali sebagai Oh i See ? Umat Yahudi cuma 30 juta orang manakala umat islam 1.3 billion . Tepatlah Sabda Rasulullah : " umat islam walaupun ramai tapi cuma macam buih ajer....."

3. Umat Yahudi telah menguasai ekonomi Amerika sehingga Amerika yang terkenal sebagai polis dunia pun tidak berani menjentik telinga Israil. Kuasa Ekonomi mereka telah menjadi senjata yang hebat. Obama nak menang jawatan Presiden terpaksa juga ke israil minta undi dari kaum yahudi ....

4. Bumi Arab di kurniakan kekayaan telaga minyak yang melimpahruah. Tok-tok arab yang kayaraya pula suka berpoya-poya. Harta kekayaan mereka di simpan dan dilaburkan di Amerika atau Negara Eropah yang lain. Pemimpin-peminpin pula asyik di buai mimpi dan berlena-lenaan tidur dikatil emas. Amerika guna duit pak arab untuk buat senjata dan bekal kat israil dan bunuh saudaramara pak arab.... Apa nak jadi dengan saudagar-saudagar minyak (pak-pak arab) ni....? Liga Arab patut bersatu menarik balik semua simpanan kewangan mereka dari AS dan menyekat eksport minyak ke As dan Sekutunya Israel !!

5. Umat Islam mungkin sedang leka menunggu kedatangan Imam Mahadi dengan Bala tenteranya sebagaimana yang dijanjikan untuk menyelamatkan Islam dan umatnya di zaman mutakhir ini?

6. Umat Islam kini hanya sekadar berbangga dengan kegemilangan Islam dizaman silam, di zaman Rasulullah dan para sahabatnya, di zaman Salahuddin Al Ayubbi. Hanya sekadar berbangga?. Sambutan Maal Hijrah sudah tidak mempunyai nilai dan roh hijrah yang sebenar-benarnya?

7. Tidak memadai dengan hanya sekadar Solat Hajat, Membaca Yasin dan BerDoa beramai-ramai di masjid-masjid bila menghadapi sesuatu musibah., bila zionis mengebom dan membedil bumi Palestin. Tidak juga memadai hanya dengan semangat berkobar-kobar membaca kutbah di mimbar-mimbar masjid. Tidak juga memadai dengan berarak atau berdemotrasi di jalan-jalan raya dengan membawa sepanduk yang membakar semangat. Sedangkan umat Palestin hanya mampu membaling batu-batu kerikir melawan ledakan bom atom dan peluru dari tentera zionis?

Nota kaki ;
Arwah Atuk saya sepanjang hayatnya sering menyampaikan kuliah subuh pada hampir setiap pagi jumaat di masjid di mukimnya. Beliau suka berkongsi ilmu dan pengalamannya bersama anak-anak mukimnya. Beliau juga suka berkongsi cerita yang beliau dengar sewaktu duduk belajar dan menadah kitab di depan Almarhum Tok Guru Tok Kenali. Saya sering juga mendengar kuliah subuhnya bila berkesempatan. Beliau telah kembali kerahmatullah lebih 15 tahun yang lalu, AlFatihah ! Namun saya seringkali terbayang saat dan ketika bersamanya. Banyak ungkapan beliau yang masih segar dalam kotak minda saya, diantaranya ialah ” Islam dan umatnya tidak mungkin dapat menguasai dan memerentah dunia selagi mana jemaah yang datang solat subuh tidak seramai jemaah sewaktu solat jumaat....” Melihat kepada bilangan jemaah yang bersolat subuh di masjid-masjid besar seperti masjid negara, masjid wilayah, masjid putra, masjid-masjid negeri atau dimana-mana masjid di serata dunia (kecuali masjid di kota Makkah) yang dapat dikira dengan jari, rasa saya lambat lagi lah kita dapat melihat rejim zionis jatuh tersungkur di bumi palestin.... .wallahualam.

9 comments:

azlishukri said...

tulisan dan idea yang menarik..kita perlu ada rasa untuk berjihad..

abdrahim kassim said...

Terima kasih,

Selagi orang Palestin masih dengan semangat kebangsaan Palestinnya selagi itulah ianya akan diinjak-injak oleh Israel.

NONG said...

Kemana perginya Tanadun Islam yang suatu ketika dulu merupakan satu kuasa besar dalam tamadun dunia?

Anonymous said...

tadah tangan pada yang Esa memohon doa.. lemahnya kita kaum Islam di zaman ini, tak berani untuk meninggalkan kemewahan dunia.. itulah yang berlaku pada kebanyakan pemimpin2 dunia.

UMNO PARTI PENJARA said...

Jangan menindas orang lain..
Ini yang kita boleh belajar :-)

















Suara Keramat Rakyat Terengganu :
Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

emm sesuatu kaum itu takkan berubah kecuali jikalau mereka benar2 ingin megubah nasib mereka..

psst: kf tak fhm knp sampai lah nie lioga2 arab masih tiada ape2 tindakan yg drastik utk menghalang kuasa jajah israel nie???

Anonymous said...

doakan kesejerahteraan palestin ...

Semoga akan lahir Saladin baru yang akan menghancurkan segenap darah yahudi..

Anonymous said...

kita umat biasa..jangan saling menghukum antara satu sama lain..jika nak menghakimi seseorang lihat dulu sejarah peperangan mereka..siapa yang dulu bersalah dan menyalahi..jangan membela seseorang dengan membuta-tuli.takkan kerana dia sebangsa dengan kita,orang bersalah pun kita bela?

Fariz Razali said...

kite doa kn lah semoga saudara2 kita yg mati syahid di palestin itub dirahmati Allah...
sye sebenar ye agak terkilan jika
setiap kali mmbincangan senario ini..
namun kita manusia biasa apakah yg mmpu kita buat selain doa iaitu senjata utama umat islam...
dalam Al-Quran Allah Taala telah berfirman yg kaum yahudi ttp akn meneruskan ego mereka utk menentg agama Allah wlpn sudah byk diberi pedanta...
jd perjuangan2 shabat seagama kita di palestin jgn lah diratapi tapi disyukuri kerana mereka mati syahid dan umat yg mati syahid amt diredhi Allah
Jesteru utk kita umat Islam di Mlaysian Yg aman-damai cr kita berjihad ialah dgn melwn nafsu sndr kerana itu adalah sebaik-baik jihad...
maka nescaya jika kita mmpu lwn nafsu sndr sudah pasti kita jua mmpu melwn anasir jahat yg cuba memasong kita...
jadi lah Islam di dlm hati bukan hanya nama tanpa bererti........