PAS MULA DI RESAPI RASUAH POLITIK ?

Ketua Dewan Ulamak pas di lapurkan berkata bahawa ada pemimpin pas yang sedang berkempen untuk merebut jawatan dalam syaf kepimpinan pas pada muktamar pas akan datang telah di dapati melakukan rasuah politik dengan memberi hadiah berupa sogokan. Kenyataan ini telah mengemparkan banyak pihak dalam pas, ada yang melahirkan rasa terkejut dan ada pula yang menafikannya.

Selepas tempoh percalunan di tutup, 5 orang di calunkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jawatan Presiden nampaknya tidak dicabar dan Haji Hadi telah di sahkan menang tanpa bertanding. 16 orang pula telah di calunkan bertanding 3 jawatan Naib Presiden dan 86 calun untuk 18 jawatan ahli Jawatan Kuasa Pusat (AJK Pusat). Nasib mereka akan di tentukan oleh 1,100 perwakilan yang akan diadakan pada awal jun nanti di stadium melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Banyak pihak terutamanya dalam Pas sendri melihat bahawa Pas yang bersama pakatan rakyat kini sedang berada di ambang kuasa. Jika keputusan pilihanraya umun ke 12 yang lalu di jadikan ukuran, 3 tahun lagi Pas bersama PR akan menguasai Parlimen dan sekali gus memerentah Malaysia. Lantaran itu syaf kepimpinan yang berketerampilan dan layak untuk menjadi pemimpin kepada bangsa Malaysia perlu di persiapkan dari sekarang. Manakala mana-mana pemimpin pas yang merasa dirinya layak untuk menjadi menteri kabinet nanti, inilah masanya untuk menonjolkan diri. Dengan senario politik ini, maka tidak hiranlah begitu ramai calun yang di calunkan ataupun menawarkan diri untuk merebut jawatan-jawatan penting tersebut.

Sepatah kata Dr. Mahathir ‘Nampaknya rasuah berleluasa sehingga sesiapa saja terbabit, kita tak kata Pas melakukan jenayah…dia lakukan macam orang lain juga, jadi tak hairanlah dia buat benda yang bertentang dengan ajaran islam’ (BH-17mei09)

Sesungguhnya, sesuatu yang amat malang bagi Pas jika benar rasuah politik kini telah meresapi dan menular ke dalam partinya. Pas yang sebelum ni lantang menepelak Umno, kini berdepan dengan cemuhan dari Umno pula.Pas dan Umno akan jadi 2X5. Rasuah politik tetap satu jenayah politik, perlu di hapuskan ke akar umbi. Siapapun yang melakukanya perlu di humbang dari syaf kepimpinan.

Istiqamahlah dalam perjuangan. Jika Matlamat Agung Perjuangan jadi taruhan, wang dan kedudukan akan datang keriba tetapi jika wang dan kedudukan jadi taruhan maka tunggulah saat kehancuran, maruah Agama dan bangsa akan terhina.

KENYATAAN KHAS PRESIDEN PAS
Setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat agung, di semua peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam Pas.
Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera Pas melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal dan kita yakin Pas tidak akan dapat di tembusi dengan amalan politik wang.
Kita juga menafikan sekeras-kerasnya lapuran media yang mengaitkan Pas dengan amalan rasuah dan politik wang.

6 comments:

Unknown said...

salam
PAS tidak boleh terikut dengan amalan politik wang.Jika tofak imej Islam yang diperjuangkan oleh parti ini akan tercemar.
Satu artikel yang baik

wan latif said...

Zharif,

Saya setuju dengan anda. PAS perlu ingat pada kuasa rakyat.

Parti Politik yang mengamalkan rasuah akan ditolak rakyat.

Satu yang menarik dari pemerhatian saya; ramai orang yang bercakap anti rasuah itu jugak pengamal rasuah.

Sebenarnya mereka bukan benci rasuah tetapi benci pemimpin rasuah

DinDeraman said...

salam saudara wan latif,
masyarakat amnya dan umat islam khususnya perlu di didik bukan saja membeci pemimpin yang rasuah, malah sanggup memerangi rahsuah itu sendiri...membasmi rasuah ni bukanlah perkara yang mudah, tak semudah cakap dan melaungkan slogan..namun dengan tarbiyyah dan kesungguhan yang kuat...perkara susah menjadi senang....amen

Lin said...

bro din

selagi dianya manusia maka tidak boleh dari cubaan nafsu

siapakah mereka yg mengaku alim tapi masuk bertanding pilihan raya?

salam

ghostWRITER said...

Dah nama manusia, biar tebai mana pun serban dan celak, kalu diberi harta, wang dan wanita serban terlondeh... Memang itu kelemahan kita.

blog politik said...

http://jeniri-amir.com/121/kuasa-blog-dalam-politik/Peranan blog semakin penting kerana masyarakat pada masa depan akan semakin terdidik dan mahu membaca laporan yang tidak berat sebelah, apatah lagi media yang cuba menyembunyikan fakta dan kebenaran.