MENCARI MAKNA TERSiRAT HUSAM ???


Saya membaca dengan teliti catatan wawancara Husam dengan wartawan utusan sebagaimana yang di siarkan dalam Mingguan Malaysia pada Ahad 7 jun 2009. Berikut adalah kata-kata Husam sebagaimana yang di catatkan, tulisan condong adalah ulasan saya. Sama-sama kita renung-renungkan !!! Betulkah rumah siap tukul masih berdetum???

“saya tidak melaksanakan kempen agresif dan saudara sendiri tahu bahawa banyak elemen yang tidak menyebelahi saya termasuk dalam program-program parti sendiri yang pada pendapat saya telah berat sebelah “

Husam seperti mendakwa bahawa parti tidak berlaku adil dengannya, Mustaffa Ali patut menjawab keluhan Husam ! Apakah perlu kempen yang agresif dalam PAS sepertimana kempen-kempen dalam UMNO. Apakah yang Husam buat dalam sepanjang kempennya belum cukup agresif, adakah calun lain lebih agresif dari Husam ?

“saya tahu cabaran yang berat di hadapan saya terutamanya tidak boleh menyatakan secara terbuka berhubung kritikan-kritikan dan pandangan saya yang berbeza tapi maklumat sebelah pihak telah disebar pelbagai cara. Dalam suasana seperti itu kalah adalah lebih mudah daripada menang”

Nampak gaya Husam tidak dapat menerima kekalahan dengan dada yang lapang. Menyalahkan pihak lain atas kekalahannya. Kalau dah tahu nak kalah napa tak tarik diri dan jadikan pertandingan 2 penjuru.

“jangan salahkan padang tinggi rendah. Saya tetap menerima keputusan ini kerana mesej saya tetap akan dapat di sampaikan ke dalam parti melalui kebanyakan rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan AJK pusat. Mereka mempunyai pendapat yang sama dengan saya “

Husam yakin kawan-kawannya yang memenangi jawatan Naib Presiden dan AJK Pusat mempunyai pendapat dan Fikrah yang sama dengannya. Bermakna Husam kalah bukan kerana fikrah yang di dokongnya tetapi kerana personality yang di kandungnya?

“bahkan di peringkat Timbalan Presiden jika di campur dengan Mohammad Sabu jumlah undi yang kami perolehi ialah 56% dan ini adalah satu pencapaian baik saya”

Husam mengungkit bahawa Nasaruddin tidak mendapat undi majoriti perwakilan. Jika perlawanan 2 penjuru diantara dia dan Nasa, Husam yakin dia akan menang. Kalau macam tu mengapa tak pujuk Mat sabu bagi laluan awal-awal lagi ?? Adakah tindakan Mat Sabu ikut bertanding adalah usaha untuk menyekat kemaraan Husam???

“kekalahan dalam parti bukan bermakna perjuangan bersama PAS telah berakhir. Saya tetap berjuang bersama PAS terutama mempastikan parti itu tidak menjadikan UMNO sebagai rakan politik”

Mengapa Husam marah sangat dan enggan bekerjasama dengan UMNO. Adakah Husan lebih selesa berunding bersama DAP dan PKR sahaja. Ternyata Husam tidak mendokong fikrah presiden dalam soal muqabalah dan kerajaan perpaduan???

5 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam bro,
tentulah husam marah kerana klon Anwar ini akan diberikan jawatan TPM1 apabila impian mereka untuk bertahta di Putrajaya termakbul.
Tapi PAS lebih dulu membunuh dan mematikan unsur Anwar di dalam PAS.
jadi yang tinggal hanya impian dan mimpi siang hari ler
terima kasih

wan latif said...

Anwar tidak penting. Yang penting ialah survival Agama, Bangsa & Budaya.

Anwar perosak Melayu?

Lin said...

salam bro din

sekiranya niat tidak betul.. walaupun pakai kopiah ke.. jubah ke.. Allah tetap tidak akan izinkannya...

Husam sebenarnya bukan perjuang Islam yang sejati beliau adalah perjuang kepentingan politik peribadi dan bersengkokol dengan anwar... kot2 dapat offer baik kalau anwar dapat jadi PM..

itu saja bro

Pu3 Subang said...

tak lama lagi PAS pun akan ikut hanyut bersama PKR dan DAP...

MohdHafizKamal said...

PAS juga parti politik tidak dpt tidak ada perbezaan pendapat sesama mereka. Lumrahlah berbeza-beza pendapat takkan lah nak angguk sj apa yg lain kata, takkan lah nak turut sj apa org lain buat.....apa lah yg nak dihairankan sgt. Politik tetap politik