ANALISA KEPUTUSAN DUN PENANTI

Amat memeranjatkan banyak pihak bilamana peratus keluar menggundi sekadar 46.15% sahaja. Kadar yang paling rendah pernah di catatkan dalam siri pilihanraya di Malaysia. Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan peratusan yang rendah :

1.Pilihanraya menjadi Lesu bilamana Umno atau BN membaikot pilihanraya tersebut. Penyokong Umno dan BN semuanya membuat protes senyap dengan tidak keluar mengundi, Muhyiddin menafikan bahawa para penggundi Umno dan BN di larang dari keluar menggundi.Kalau tidak di larang, mengapa mereka tak pergi mengundi?

2.Pilihanraya menjadi Suram bilamana SPR mengharamkan balung-balung panas dan perayu-rayu undi pada hari pembuangan undi.

3.Pilihanraya menjadi Kelam bila sepanduk-sepanduk dan bendera-bendera mana-mana parti tidak di benarkan berkibar di kawasan pusat membuang undi

4.Calon-calon bebas terdiri dari mereka yang tidak punya kelibar. Kesemua calon bebas hilang wang pertaruhan. Para penggundi merasakan , calun bebas kalaupun mereka menang , mereka sekadar menyandang jawatan tapi tidak punya apa-apa kuasa. Jawatan tanpa kuasa tidak membawa sebarang makna.

KEPUTUSAN RASMI

1.Mansor Othman (PKR) : 6,052 undi
2.Aminah Abdullah (Bebas) : 392 undi
3.Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) : 494 undi
4.Kamarul Ramizu Idris (Bebas) : 56 undi

Jumlah pengundi : 7,100
Peratus : 46.15 %
Undi rosak : 106 undi
Majoriti : 5,558 undi
Penyandang : Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi

8 comments:

jai13569 said...

megapa tidak dinyatakan; sebahagian penyokong pas, memboikot untuk keluar mengudi juga. kalau dilihat peratusan keluar mengudi mengikut kaum macamana?? kaum lain melebihi kaum melayu kan? ini bermakna ape? ORANG MELAYU SUDAH MULA MENOLAK PR!!!!!

Anonymous said...

PKR hanya menerima 2k lebih undi melayu, selebihnya cina dan india.
Kemana pengundi melayu yang lain..........

naqiubex said...

Erm.. setahu saya ada peratusan undi yg lebih rendah kat Sarawak 26% rasanya.. Apa pun memang sikit pengundi sebab tiada UMNO dalam piliharaya kali ini.. polis pun tidoq..

ghostWRITER said...

Kemana hilang melayu? kemana hilang pengundi? Sebenarnya orang ramai dah makin bosan ngan agenda Pembohong Rakyat (PR). So? Lupikirla sendiri...

LeeSlimShady said...

Bosan nak keluar ngundi pasal UMNO/BN takde...rindu kat Provokasi BN yang melampau,takyah lah keluar ramai sangat pun PR akan menang gak.....

Orang tak keluar pasal dan "Confirm" PR menang pun pasal UMNO/BN pengecut nak letak calon Bila PR menang tuduh lah peratusan yang keluar mengundi tu kurang,kalau BN rasa Rakyat dah tak suka PR kenapa tak bertanding?

ini menunjukkan UMNO/BN Parti yang pengecut ! pandai cakap je tapi takut nak letak calon....
kat Penanti dengan Alasan Membazir
tapi kat manek Urai tak membazir pulak........

ini menunjukkan UMNO/BN kecut kat Penanti tapi terperangkap kat Manek urai

DinDeraman said...

jai - ada betul juga orang-orang pas ikut baikot tak keluar mengundi kerana taksub mahukan calun dari pas.

naqiubex - peratusa 46.15% itu terendah di semenanjung , di sabah dan sarawak pula faktor perhubungan dan pengangkutan menjadi sebab.

anak muda- biar orang ramai bosan, tapi orang muda mesti masih ghairah dan penuh semangat juang !

Leeslimshedy - syabas lee, u memang selalu bersemangat, salam perjuangan- bugarkan selalu semangat saudara !!

Zawir Al-Hamidi said...

Sebenarnya, tidak ada apa-apa nak dihairankan pasal isu DUN Penanti. Kalau UMNO tak bertanding, buat apa orang-orang dia nak keluar. Betoi tak? Kalau diorang pergi mengundi, diorang nak undi sapa? Takkan nak undi PKR pulak kot.

Pu3 Subang said...

Ewah!!! semangat no lee nie...

BN bukan takut atau pengecut tp malas nak layan karenah2 PR nie...

buang masa jer so better tumpu kat manik urai...

walau apa pun BN/UMNO masih relevan...