BUMBUNG STADIUM RUNTUH - KENAPA RUNTUH??


3 komponan utama sebab sesuatu binaan boleh runtuh mengikut kajian kejuruteraan bangunan ;
1.Kesilapan rekabentuk.
2.Pembinaan tidak mengikut spesifikasi.
3.Faktor di luar jangkaan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.35 pagi pada selasa 2 jun 09 menjadi berita hangat secara tiba-tiba. Semua media perdana menjadikannya sebagai berita utama dan gambar kejadian terpampar di muka depan akhbar-akhbar utama. Bumbung stadium sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh. Kejadian ini mengejutkan semua pihak meskipun tiada kemalangan jiwa yang di lapurkan berlaku. Kejadian berlaku sehari sebelum berlangsungnya sukan staff IPTA ke 34 yang di jangka akan di hadhiri oleh lebih 5000 orang. Tentunya para peserta yang bakal ke stadium mengurut dada lega dan mungkin juga ada yang dah buat sujud syukur.

Bumbung stadium yang di katakana berharga RM25 juta itu telah di rekabentuk dan di pasang oleh kontraktor dari Korea selatan . Manakala struktur bangunan stadium itu sendiri telah di bina oleh konsotium 3 syarikat iaitu Bina struktur sdn.bhd dan Emarco sdn.bhd serta Genggam Mercu sdn .bhd. Semua pihak tertanya-tanya mengapa bumbung itu boleh runtuh. Sebagaimana biasa, banyak pula pihak dan orang perseorangan yang memberikan pendapat dan pandangan mereka. Pendapat dan pandanagan mengikut persepsi masing-masing.

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat 3 komponan utama yang boleh menyebabkan berlakunya runtuhan pada bumbung stadium tersebut. Mana satukah faktor yang lebih dominan dari 3 faktur utama itu. Masyarakat awam selalunya berpendapat faktor pembinaan tidak mengikut spesifikasi adalah faktor dominan kerana faktor Ini dikaitkan dengan perbuatan rasuah, dimana Penguasa projek yang biasanya terdiri dari residen engineer dan para engineer serta para teknisen dikatakan tidak membuat pengawasan yang rapi kerana telah di sogok. Kontaraktor pula menyogok kerana nak untung besar dengan menggunaan bahan binaan yang lebih murah dan kerja tidak ikut spesifikasi yang telah di tetapkan.

Harapnya siasatan yang telus dapat dibuat oleh perunding bebas yang di lantik dan hasil siasatan hendaklah di umumkan kepada rakyat, sebab rakyat berhak menghukum.

4 comments:

LeeSlimShady said...

kalau dah projek pasing kat pembodek yang tau nak untung tapi buat kerja lebih kurang je maka jahanam lah semua projek pembangunan

wan latif said...

LeeSlimShady,

Pandangan dari seorang yang telah rosak pemikiran. Bagaimana anda bergitu mudah membuat kesimpulan?

Zawir Al-Hamidi said...

Saya merasakan bahawa sekarang ini kita berada dalam musim 'runtuh-runtuh'. Betoi tak? Takpa, takpa. Lepaih ni kita runtuhkan pulak kerajaan Pekembar. Betoi tak? Diorang seolah-olah macam nak buat gimik. Sebelum diorang jatuh, diorang runtuhkan bangunan dulu. Barulah sentel. Tak gitu?

pejuangmuda said...

itu kerana kesalahn manusia yg menguruskn kerja itu... klu xsungguh2, jdi ar cmnie... runtuh..
cm kite la, klu kite terjatuh, langgar batu... xkan nk salahkn batu... salah ar org yg langgar... jdi... sye xsetuju sebab batu xkuat... o len2... mesti salah org yg mengendalikn projek 2.... amik projek, cepat je... tp wat xbetul.. istilahnye... makan suit atas angin......